ms4

True Story Completed 1359

Beberapa hari telah berlalu, mereka masih berkawan dan sering bermesej di aplikasi itu. Sehinggalah suatu hari, Erwan merasa bermesej di dalam aplikasi ini agak menyusahkan kerana sering ia terlepas pandang atau tidak membalas mesej Laila di sebabkan tidak mendapat notifikasi dari aplikasi itu. Maka dengan itu Erwan membuat keputusan untuk mintak nombor Laila dan mengajak Laila untuk bercakap telefon. Pada mulanya Laila menolak pelawaan Erwan tetapi lepas di pujuk oleh Erwan akhirnya Laila menuruti permintaan Erwan.

Sebulan telah berlalu, Erwan dan Laila semakin rapat. Mereka setiap hari bercakap telefon bersama. Mereka sering berkongsi aktiviti dan rutin harian mereka bagaikan sepasang kekasih. Walaupun mereka rapat seperti pasangan kekasih tetapi sebenarnya mereka masih tidak rasmi menjadi pasangan kekasih. Erwan dan Laila sebenarnya mempunyai rasa yang sama tapi masing-masing tidak berani meluahkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience