ms11

True Story Completed 1359

Masa kembali ke kisah 3 tahun lalu. setelah 4 bulan Laila dan Erwan bercinta. Pada suatu hari, Erwan mengajak Laila berjumpa. Tujuan Erwan ingin berjumpa Laila adalah kerana ia ingin membicarakan sesuatu yang amat penting. Di saat itu Erwan agak terlambat dan Laila masih menanti dengan keadaan yang tidak bergitu tenang. Setibanya Erwan di hadapan Laila ia terus meminta maaf kerana terlambat.

Tanpa membuang masa Laila terus bertanya apakah benda penting yang ingin di bincangkan? Setelah di tanya bukannya ia terus memberi jawapan. Sebaliknya Erwan bagai berdebar dan takut untuk mengatakan perkara itu. Setelah di tanya untuk kedua kalinya akhirnya Erwan menjawab ia ingin mereka putus. Tanpa riak wajah terkejut Laila bertanya apakah alasan Erwan meminta putus. Erwan menjawab ia bukan orang yang sesuai untuk Laila, kata Erwan Laila orang yang sempurna dan ramai lagi yang layak untuk Laila. Erwan memejamkan mata sambil menundukkan kepalanya. Erwan meminta maaf kerana membuat keputusan itu. Erwan sangat resah bagaikan ada sesuatu yang belum ia luahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience