Setelah beberapa bulan, terlihat Laila yang semakin rapat dengan Erwan sehinggakan hampir setiap minggu mereka berjumpa. Tiba suatu hari, di hari ulang tahun Laila. Mereka berjumpa di tempat pertama kali mereka bersua muka. Erwan sengaja datang lambat untuk memberi kejutan untuk Laila. Di saat Laila sedang duduk menunggu Erwan di sebuah pondok. Secara tiba-tiba Erwan muncul dari belakang Laila sambil menyanyikan lagu selamat hari lahir dan sambil memegang sebuah kek.
Laila berdiri dan menutup mulutnya. Tiada satu kata yang mampu Laila keluarkan kerana ia terkejut dan tersentuh dengan kejutan itu. Perlahan Erwan berjalan kearah Laila sambil menghabiskan nyanyiannya. Erwan menamatkan nyanyian tepat di depan Laila dan terus memberi ucapan selamat hari lahir untuk Laila. Laila masih terpaku sehinggakan hampir mengalirkan air mata. Setelah Laila meniup lilin yang berada di atas kek itu, Erwan terus mengatakan ia ada satu hadiah istimewa untuk Laila.
Share this novel