Kembali ke masa semula, Erwan termenung mengingatkan kenangan itu di sebuah taman. Secara tiba-tiba entah dari mana Udin datang dan duduk di sebelah Erwan. Tanpa sapaan ia bertanya apakah yang Erwan fikirkan sebenarnya. Erwan dan Udin bersahabat sejak sekolah rendah lagi. Oleh itu Udin tahu yang Erwan tengah memikirkan sesuatu. Udin sudah lama tidak melihat Erwan seperti ini sejak kejadian itu. Erwan pernah bercinta dengan budak satu kelas dengan mereka yang bernama Tasya. Tapi hubungan mereka tidak bertahan lama kerana Erwan dapat tahu yang rupanya Tasya curang dengan pelajar kelas lain.
Kerana kejadian itu Erwan bersedih dan kecewa untuk beberapa bulan. Itu lah kali terakhir Udin melihat Erwan termenung dan kini ia berulang kembali. Setelah Udin bertanya pada Erwan, Erwan terus terbuka untuk bercerita. Erwan tidak berniat untuk menyembunyikan apa-apa dari Udin kerana mereka telah bersahabat agak lama. Erwan membuka ceritanya dengan satu pertanyaan. 'Kenapa manusia susah berpegang pada janji?. Setelah bertanya soalan itu. Erwan terus menceritakan kisahnya dan Laila.
Share this novel