ms3

True Story Completed 1359

Masa berbalik ke 3 tahun yang lalu. Erwan yang sedang bermain satu aplikasi mencari teman mendapat permintaan menjadi rakan oleh seseorang. Erwan yang tertarik dengan permintaan itu memeriksa info yang di tinggalkan oleh wanita itu. Laila, hanya setahun lebih muda dari Erwan dan juga tinggal di daerah tidak begitu jauh darinya. Setelah melihat info tersebut Erwan terus menerima permintaan itu dan terus bermesej dengan wanita bernama Laila itu.

Pada mulanya perbualan mereka agak membosankan kerana mereka baru sahaja mahu mengenali tingkah dan cara berkawan masing-masing. Setelah beberapa minit, Erwan cuba memberi lawak jenakanya untuk melihat cara penerimaan Laila. Erwan bernasib baik kerana rupanya mereka berdua mempunyai selera lawak yang sama. Di saat Erwan membuat lawak Laila mesti menyambut dengan ketawa yang mesra. Adakah ini petanda yang baik? Bila satu pasangan mempunyai banyak persamaan adakah ia akan bertukar menjadi hubungan yang serius?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience