BAB 9

Romance Completed 3888

Bagi Lisa, dia sudah pergi ke negara Palestin untuk membantu rakyat disana untuk hidup dengan baik.

Aku mendapat tahu bahawa selepas Lisa dibawa pergi oleh lelaki itu, mereka telah ditangkap polis dan Lisa hanya ditahan selama beberapa bulan kerana dia hanya bersuhabat dalam penyelewengan duit yang sangat banyak.

Selepas berada di penjara, Lisa mula mengabdikan dirinya kepada manusia yang kurang beruntung.

Beberapa tahun kemudian, Alia telah pergi meninggalkan aku disebabkan penyakit kanser yang dihidapinya sejak beberapa bulan sebelum itu.

Kehidupan aku setelah pemergian Alia sangat suram dan hubungan aku dan anak aku menjadi renggang.

Aku menjadi ayah tunggal sehingga umur anak aku mencecah 18 tahun. Buat bertahun lamanya, aku cuba untuk melupakan Alia dan cuba untuk mencari pengganti.

Namun, bila aku melihat anak aku dan Alia yang sedang membesar tanpa ibunya di sisi, aku melupakan niat aku itu.

“Ayah, sekarang Amira sudah berumur 18 tahun dan akan keluar dari rumah ini untuk melanjutkan pelajaran. Amira takut ayah akan merasa kesepian tanpa Amira disini. Tidakkah ayah mahu mencari seseorang menjadi teman hidup ayah lagi?”

Aku terkejut… anak aku akhirnya membuka topik yang aku tidak pernah terfikir.

Aku hanya mampu tersenyum dan mengganggukkan kepala kerana aku masih tidak tahu bagaimana aku boleh melakukan semua itu. Selepas Alia pergi melanjutkan pelajaran, aku terjumpa seseorang yang aku kenal di sebuah pasaraya.

Lisa… Aku terjumpa Lisa. Kami bertegur sapa dan berbual sekejap tentang kehidupan kami selama ini. Entah kenapa aku rasa hati aku telah jatuh cinta sekali lagi dengan wanita yang pernah berada di hati aku walaupun buat sementara.

Aku membuat keputusan untuk bersama Lisa dan aku bertuah kerana Lisa juga setuju untuk bersama aku lagi. Tidak lama kemudian, kami menjalinkan hubungan suami isteri disamping anak perempuanku kesayanganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience