BAB 6

Romance Completed 3888

“Kembalikan Lisa kepada aku. Marilah kita bertukar. Perempuan itu berharga untuk aku dan tiada gunanya dia bersama kamu. Lebih-lebih lagi dengan adanya Alia di sini kan ?”

Aku terduduk apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Lisa sedang memasak di dapur dan tidak tahu tentang apa yang berlaku. Aku terpaksa setuju dengan perjanjian yang di buat oleh lelaki itu dan akan berjumpa dengannya tidak lama lagi.

Akhirnya, hari yang dijanjikan telah tiba. Aku akan berjumpa dengan Alia dan lelaki yang mahukan Lisa.

Setelah Lisa bangun dari tidur, aku meminta dia bersiap dan memberitahunya yang kami akan ke suatu tempat. Lisa bersiap dengan segera tanpa mengetahui tentang hal sebenar.

“Rayyan…? Kita hendak pergi ke mana?”

Aduh… Aku sangat rasa bersalah apabila melihat senyuman Lisa. Aku rasa sangat bersalah melakukan perkara jahat begini kepada wanita yang aku pernah cintai.

“Kita akan pergi ke suatu tempat. Marilah. Lekaslah bersiap”

Aku membuka pagar dan memegang tangan Lisa ke hadapan rumah. Kereta lelaki itu berhenti di depan rumah dan dia berdiri dengan Alia yang kelihatan sangat lemah.

Lisa terhenti. Lisa mula menangis dan meminta perlindungan dari aku. Namun, aku terpaksa.

Aku terpaksa memberikan dia untuk mendapatkan Alia kembali. Aku terpaksa menarik Lisa dan memberinya kepada lelaki itu.

Aku mengambil tangan Alia dan segera membawa dia ke dalam rumah. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak memandang belakangku dan terus masuk ke rumah.

Suara Lisa kedengaran jelas sedang berteriak memanggil namaku tetapi tiada yang aku mampu lakukan. Aku hanya mampu berdiam diri sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience