BAB 8

Romance Completed 3888

Sepertinya Lisa tahu yang aku tidak dapat menjawab soalannya dan cuma berlalu pergi. Sepanjang malam, aku tidak dapat tidur dan berasa sangat stres dengan apa yang berlaku.

Aku tidak sanggup memberitahu Alia tentang apa yang berlaku kerana aku risau aku akan melukakan hatinya.

Sudah beberapa hari sejak kejadian itu, Lisa sudah tidak pernah lagi datang ke pejabat aku.

Seperti biasa, aku akan memeriksa akaun sosial media aku dan aku terjumpa satu akaun yang menunjukkan para sukarelawan yang aktif membantu komuniti.

Dalam salah satu video itu, adanya Lisa yang sedang membantu wanita lain yang tidak bernasib baik. Lisa juga memberitahu yang dia pernah dia jaga dengan baik dan dia mahu membalas jasa orang itu dengan membantu wanita yang lain.

Dari situ, aku tahu yang sebenarnya Lisa hanya mahukan jawapan dari aku. Aku bersyukur yang dia sudah berubah dan tidak berada di situasi seperti dahulu.

Aku memeriksa akaun tersebut dan membuat keputusan untuk berjumpa dengan Lisa secara baik.

Lisa menjadi sukarelawan tetap di sebuah rumah anak-anak yatim. Setibanya aku di tempat itu, aku mencari Lisa dengan segera. Lisa tiba dengan senyuman yang persis seperti senyuman yang selalu aku nampak pada satu masa yang lalu.

Aku menjelaskan kenapa aku memberikan dia kepada lelaki jahat itu dan perasaan aku selepas semua itu berlaku.

Tanpa disangka, air mata aku jatuh menitis sepanjang aku berbual dengan Lisa. Lisa hanya tersenyum dan hanya berkata yang dia sudah memaaafkan aku.

Kini, kehidupan aku bersama Alia sudah semakin stabil dengan kehadiran anak sulung kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience