BAB 2

Romance Completed 3888

Setibanya kami di rumah, aku membawa dia ke sofa ruang tamu dan membiarkan dia berehat di sofa itu. Aku meletakkan selimut agar dia tidak berasa sejuk dan menutup lampu ruang tamu.

Aku pergi ke taman dan bermain dengan teleskop kesayangan aku. Aku melihat bintang-bintang dan berfikir apakah sebab sampai dia berada di sini.

Kenapa dia seperti sangat lemah dan mukanya yang cantik seperti itu boleh dipenuhi dengan lebam.

Keesokkan paginya, aku pergi ke dapur dan menyediakan sarapan aku dengan senyap. Selepas itu, aku berehat sambil makan sarapan aku di balkoni rumahku.

Tiba-tiba, wanita itu terbangun dan kelihatan seperti ketakutan. Aku pergi menenangkannya dengan segera dan menjelaskan apa yang berlaku kepadanya sehinggalah waktu ini.

Wanita itu kelihatan sangat bingung dan ketakutan pada masa itu. Aku segera memberikannya baju untuk dia tukar supaya dia akan lebih selesa berada di rumah.

Pada waktu petang, masih tiada lagi perbualan diantara kami berdua. Aku cuba untuk berbual dengannya semasa dia sedang makan malam. Aku memberikan dia segels air kerana dia sedang makan dengan gelojoh.

“Nama saya Rayyan… Kamu?”

“Lisa. Nama saya Lisa. Bagaimana dengan lelaki itu? Sudahkah dia pergi dari tempat ini”

Aku terkelu dengan soalan itu. Nampaknya dia sedang melarikan diri seseorang. Aku menggelengkan kepala aku dan cuba untuk menukar topik. Malangnya dia masih lagi rasa takut untuk berkawan dengan aku.

Sudah berminggu Lisa menetap dirumahku. Sebenarnya, entah kenapa aku tidak merasa terbeban dengan adanya dia disini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience