BAB 4

Romance Completed 3888

“Belum lagi, mad… aku sekarang belum lagi ada niat untuk kembali ke KL sebab ada yang aku rasa belum masanya lagi.”

“Betul ke Rayyan ? Entah – entah kamu sudah ada gadis kampung yang menjadi pengganti Alia ke ?”

Aku terkelu dengan ayat Ahmad itu. Sebahagian

Dari aku agak marah dengan kata-katanya itu tapi sebahagian lagi setuju dengannya kerana aku memang mencintai Lisa. Selepas meluangkan masa bersama Ahmad, aku kembali ke kampung selepas semua urusan kerja aku telah selesai.

Apabila aku sampai di rumah, Lisa menjemput aku di pintu rumah dengan senyuman manisnya. Apabila aku melihat raut wajahnya, hatiku mula mengesahkan yang aku memang mencintai Lisa dan mungkin telah melupakan Alia.

Aku mula merasa aku dipenuhi dengan rasa tidak sedap hati dan rasa bersalah terhadap Alia. Namun, bagi aku pada waktu itu, aku terpaksa berfikiran realistik dan melupakan Alia.

Aku sekarang berada di Kuala Lumpur sekali lagi dan baru sahaja berjumpa dengan klien aku. Lisa berada di rumah dan disebabkan tiada apa yang berlaku sebelum ini,aku sudah berasa tidak risau untuk meninggalkan dia di rumah.

Semasa aku memandu untuk balik ke rumahku di kampung, aku mendapat panggilan daripada seseorang yang tidak kenal.

“Hello? Ini Encik Rayyan ke ?” dengan nada yang tegas.

“Ya. Ini siapa?”

Tutttt….tuttt…

Panggilan telefon itu berhenti. Aku bingung dan mula risau dengan Lisa.Aku memandu dengan segera agar dapat sampai ke rumah lebih awal.

Setibanya aku di rumah, aku memanggil nama Lisa berkali-kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience