Setiap hari, aku rasa seperti ada malaikat yang menyerikan rumah aku dan aku rasa aku ada kawan untuk bercerita. Mujurlah, dia juga tidak rasa terbeban berada dirumahku.
Pada satu petang, aku memanggil Lisa untuk berada di taman bersama aku. Kami berbual dengan mesra sehingga aku memberitahu dia tentang perasaan aku terhadapnya.
Pada mulanya, Lisa kelihatan bingung tetapi dia kemudiannya memberitahu aku yang dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku.
Sejak hari itu, kami menjadi sangat rapat dan selalu bersama. Pada waktu malam, kami berdua akan pergi ke taman dan melihat bintang-bintang yang ada di langit.
Sejak aku bersama Lisa, aku semakin lupa akan Alia tapi entah kenapa, aku masih rasa sedih atau bersalah tentang hal ini.
“Rayyan… boleh kamu janji dengan aku yang kamu tidak akan meninggalkan aku ?”
Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya tetapi aku rasa aku masih belum mampu untuk menjawab soalan itu.
Tidak lama kemudian, aku terpaksa pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan aku terpaksa meninggalkan dia di rumah bersendirian. Lisa sangat risau berada di rumah sendiri lebih-lebih lagi sejak insiden yang berlaku.
Setibanya aku di Kuala Lumpur, aku teringat kembali semua memori aku bersama Alia. Dari kedai kopi kegemarannya, pusat membeli belah yang selalu kamu pergi berdua, semuanya membawa setiap kisah lama kembali ke minda aku.
“Eh Rayyan! Macam mana kamu ? Sudah okay ? Kamu akan kembali ke KL ke?”
Kawan baik aku, si Ahmad ternyata sudah merindui aku yang sudah berbulan lamanya berada di kampung. Sepertinya dia mahu aku kembali bekerja di Kuala Lumpur seperti dahulu.
Share this novel