BAB 1

Romance Completed 3888

Pada hari isnin ini, sudah genap 3 bulan sejak kehilangan Alia. Semua orang memberitahu aku yang dia sudah tiada dan aku patut cuba untuk melupakannya.

Tapi entah kenapa, aku hanya boleh cuba fokus dengan kerjaya aku dan tidak cuba untuk memandang wanita lain.

Aku sudah bekerja sebagai arkitek selama 4 tahun dan syukurlah, sejak kebelakangan ini, rezeki aku tidak putus-putus masuk dan aku semakin sibuk dengan setiap projek yang ada.

Aku membuat keputusan untuk menetap di rumah peninggalan ibubapa aku di kampung buat sementara untuk berehat dan supaya aku dapat melupakan Alia dengan mudah.

Pada satu petang,seperti biasa, aku berjalan kaki pergi ke kedai runcit yang ada berdekatan dengan rumah aku. Sedang aku berjalan, tiba-tiba aku ternampak satu beg sampah besar yang sedang bergoyang.

Pada mulanya, aku ingat aku sedang berhalusinasi atau diganggu benda tidak baik tetapi setiap langkah aku ambil, semakin beg sampah itu bergoyang. Aku cuba untuk memberanikan diriku dan mendekati beg sampah itu.

Apabila aku cuba membuka beg plastic itu, aku ternampak seorang wanita yang sepertinya tidak menyedarkan diri.

Aku cuba untuk menyedarkan wanita itu namun sepertinya dia telah dipukul kerana dia tidak memberikan apa apa respon.

Aku hairan dengan keadaannya di sini kerana kampung aku ini bukanlah di bandar atau tempat yang penuh dengan orang.

Aku tinggal di Kawasan pedalaman yang berada kira-kira satu jam dari bandar,balai polis mahupun hospital.

Aku membuat keputusan untuk membawa wanita ini ke rumahku dan merawatnya buat sementara. Aku risau dia akan dikacau sekiranya aku meninggalkannya di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience