Lisa telah dibawa pergi dan Alia pula masih berada dalam keadaan tidak sedar.
“Alia… di manakah kamu sebelum ini ?”
“Aku telah diculik dan hampir dijual Rayyan. Tetapi sebelum aku di hantar, seorang lelaki mula membawa aku ke satu tempat. Tidak lama kemudian kami bertelefon dengan kamu dan dari situlah aku tahu aku akan kembali bersama kamu”
Aku hanya mampu tersenyum tapi masih memikirkan nasib Lisa. Apakah yang sudah berlaku dengan dia. Adakah dia selamat…
“Rayyan? Dengan siapakah aku ditukarkan ? Lelaki itu ada bercakap tentang seseorang tetapi rasanya tidak kenal dengan wanita itu”
Aku bingung dengan cara untuk menjawab soalan ini. Aku menukar topik dengan segera selepas memberitahu Alia yang aku tidak tahu tentang wanita yang dikatakan.
Setahun kemudian, aku dan Alia telah berkahwin dan berpindah kembali ke Kuala Lumpur. Aku bekerja kembali di pejabat aku sebagai arkitek. Setiap malam, aku akan balik ke rumah pada pukul 10 malam kerana kerja yang banyak.
Biasanya, pada masa ini, hanya aku yang ada di pejabat tetapi tiba-tiba, seperti ada satu wanita di hadapan pejabatku.
Orang itu ialah Lisa. Aku terkejut dan bingung. Aku tidak tahu cara untuk aku menjelaskan perbuatan aku.
“Kenapa Rayyan? Kenapa kamu sanggup berbuat sebegitu? Sebab kamu masih cintakan dia ? Jadi kenapa kamu perlu mencintai aku pada masa itu? Kenapa Rayyan?”
Soalan Lisa sangat menyebabkan aku menjadi rasa bersalah. Aku hanya mampu untuk meminta maaf pada masa itu. Lisa yang sedang mengalirkan air mata menatap mata aku dengan penuh rasa marah.
Share this novel