“Kenapa Rayyan? Kenapa kamu sangat cemas?”
Aku memeluk Lisa dengan erat apabila aku tahu yang dia selamat. “Syukurlah kamu selamat Lisa..”
Aku memberitahu Lisa tentang apa yang berlaku dan kami segera mengunci rumah kami. Malam itu, aku menanya Lisa lagi kenapa dia boleh berada dalam situasi sebegini.
Lisa menjelaskan yang dia sebenarnya bekerja dengan seorang tauke dadah dan dia merupakan pembantu lelaki tersebut. Tetapi, bosnya terlibat dalam kemalangan dan hanya Lisa yang tahu di mana benda itu disembunyikan. Sejak itu,
Lisa diburu dan dipaksa untuk memberitahu dimana terletaknya semua benda itu. Lisa terpaksa merahsiakan semua itu kerana dia tahu yang bosnya akan membunuhnya jika dia membocorkan rahsia itu.
Sudah beberapa minggu sejak panggilan itu berlalu tetapi aku masih rasa risau akan keselamatan kami berdua. Aku cuba menenangkan fikiran aku dan Lisa yang kini sedang bersamaku.
Semasa aku berada di meja aku, aku terjumpa buku gambar aku bersama Alia. Lagi, aku rasa rindu dan bersalah tentang apa yang berlaku kepada Alia. Malangnya, sedang aku melihat gambar-gambar itu, Lisa ternampak perbuatan aku.
Tiba-tiba, aku mendapat panggilan telefon lagi,
“Rayyan… cuba dengar suara siapa ini.” Kata lelaki itu lagi.
“Rayyan ! Rayyan! Selamatkan aku Rayyan! Selamatkan Alia ! Tooolonnng”
Aku terkejut kerana Alia rupanya masih hidup dan bersama orang yang jahat. Aku berasa sangat bingung dan risau.
“Apa yang kamu mahu ?” tanya aku kepada lelaki itu.
Share this novel