BAB 2

Romance Completed 20085

Petang itu Azureen nekad mahu ke pejabat asrama. Hari ini sudah masuk hari kelima bunga dan coklat dari lelaki misteri itu singgah di meja studinya. Azureen rimas dan bimbang kalau-kalau sesuatu yang lebih buruk terjadi.

"Kau nak ke mana Reen?" Soal Diya apabila melihat Azureen menyarung semula tudungnya sedangkan gadis itu baru sahaja pulang dari kuliah.

"Aku nak pergi bilik fellow. Tak tahan aku macam ni. Rimas!" Balas Azureen.

"Tak payahlah terburu-buru sangat..Cuba kau contact dulu nombor tu.. check siapa dia.. mana tahu dia ikhlas nak kawan dengan kau..tak salahkan?" Ujar Diya.

Azureen termangu-mangu di birai katil. Sejenak kemudian dia bingkas bangun menuju ke almarinya, mengeluarkan semula kad yang pertama sekali diberikan dahulu. Azureen mancapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor tersebut.

"Hello, Assalamualaikum. Sape ni?" Azureen berdebar-debar menanti jawapan.

"Waalaikumussalam. Eh..Awak yang call kenapa awak yang tanya saya sape?" Balas pemilik suara di sana.

"Saya Azureen. Straight to the point, kenapa awak tak henti-henti duk hantar bunga dengan coklat kat saya ni?" Soal Azureen tegas.

"Bila pulak saya hantar bunga dengan coklat ni? Tak pernah-pernah!" Cepat sahaja lelaki itu menjawab. Azureen geram.

"Awak jangan main-mainlah! Saya nak jumpa awak sekarang, kat Dewan Mas!"

Belum sempat lelaki tersebut membalas, Azureen terlebih dahulu menekan punat merah di telefon bimbitnya. Panas betul hatinya sekarang ini. Azureen bingkas bangun menuju ke meja studinya. Laci dibuka. Diya memandang bersahaja teman sebiliknya yang sedang mencari sesuatu itu.

Azureen mengeluarkan satu beg plastik yang agak besar dari laci mejanya. Kemudian dia ke almari pakaiannya pula. Dikeluarkan semua bunga dan coklat yang dihadiahkan padanya lalu disumbat ke dalam beg plastik itu. Setelah selesai, Azureen mencapai telefon bimbitnya dan berlalu keluar sambil membimbit beg plastik berisi bunga dan coklat itu.

Mata Azureen melilau sebaik sahaja tiba di Dewan Mu'adzam Shah . Kalau dia tak datang siaplah! Marah Azureen dalam hati. Azureen bersandar pada tiang batu bangunan tersebut.

"Awak Azwin ke? Eh silap, apa nama tadi..hah, Azureen!?" Tiba-tiba terdengar satu suara dari belakang. Azureen menoleh. Dia terkejut. Isk..mamat ni ke..Azureen tidak tahu hendak menggambarkan perasaannya saat itu, semuanya bercampur-baur, gembira, malu, takut..

"Err..saya silap orang kot.." Ujar lelaki itu ingin berlalu pergi apabila dilihatnya Azureen kaku tidak berkata apa-apa.

"Tunggu! Saya Azureen!" Cepat-cepat Azureen membalas. Langkah lelaki itu terhenti. Azureen senyum, tetapi dia sendiri tidak pasti bagaimanakah rupa senyumannya saat itu. Adakah manis ataupun buruk. Lelaki itu hanya tercegat di situ menanti kata-kata seterusnya dari Azureen.

"Saya cuma nak pulangkan ini," Ujar Azureen sambil menghulurkan beg plastik yang dibimbitnya kepada lelaki itu. Lelaki itu mengambilnya dengan teragak-agak. Sejenak dia melihat isi di dalamnya, dia mengangkat semula wajahnya memandang Azureen.

"Boleh kita duduk kat situ sekejap?"

Lelaki itu berkata sambil jari telunjuknya menuding ke arah bangku kayu di suatu sudut. Azureen berjalan terlebih dahulu. Lelaki itu mengekorinya. Suasana sepi seketika. Lelaki itu sedang membelek satu-persatu bunga dan coklat yang terdapat di dalam beg plastik itu. Azureen membiarkan. Debaran hatinya hanya Tuhan yang tahu.

"Azureen, saya mintak maaf. Memang nombor telefon tu nombor saya..Tapi bukan saya yang bagi semua ni kat awak," Tiba-tiba lelaki itu bersuara. Azureen terkejut dengan penjelasan itu.

"Habis tu siapa?" Balas Azureen.

"Saya pun tak tahu. Mungkin ada orang nak kenakan kita.." Ujar lelaki itu lagi.

"Kenapa pulak diorang nak kenakan kita? Takde motif kan?" Soal Azureen lagi. Lelaki itu mengjungkit bahu. Azureen menghela nafasnya.

"Takpelah macam tu, saya balik dulu." Azureen bangun, bersedia untuk pergi. Dia sudah tidak sanggup berlama-lama di situ. Malunya bukan kepalang lagi.

"Azureen,"

"Ya?" Azureen menoleh. Lelaki itu kelihatan seperti tidak keruan.

"Apa kata kalau kita teruskan?"

"Teruskan apa?" Soal Azureen. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan lelaki itu.

"Kita teruskan saja seperti apa yang berlaku sebelum ini. Anggaplah memang saya yang bagi semua tu kat awak. Kita mulakan perkenalan kita. Saya Faris," Ujar lelaki itu sambil menghulurkan beg plastik itu kembali padanya. Azureen tercengang. Apa ni? Dia betul-betul tidak faham apa yang berlaku. Tanpa sempat befikir, Azureen mengambil beg plastik tersebut dan berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience