BAB 5

Romance Completed 20085

Hujung minggu itu, Azureen dan Faris melepak di tepi tasik universiti setelah Faris pulang dari Pulau Pinang. Faris tidak habis-habis bercerita tentang pasukan bola sepaknya yang menjadi juara dalam perlawanan persahabatan menentang Universiti Sains Malaysia itu. Azureen sedikit bosan tetapi di tahan juga telinganya dan mendengar penuh minat.

"Awak, jom pergi cafe. Teman saya makan?" Ajak Faris. Azureen hairan, sedang asyik bercerita tiba-tiba Faris mengajaknya ke kafeteria pula.

"Kenapa tiba-tiba nak makan pulak ni?" Soal Azureen.

"Laparlah wak.." Faris berkata seraya memegang perutnya.Azureen tersenyum lantas bangun dari bangku yang mereka duduki. Mereka berjalan beriringan.

Sampai di kafeteria, Faris terus menuju ke kaunter makanan. Azureen terkulat-kulat ditinggalkan sendirian. Azureen duduk di satu sudut, menunggu Faris. Seketika kemudian Faris kembali dengan sepinggan mi goreng dan teh o ais. Faris tidak berkata apa-apa, dia menyuap mi goreng ke mulutnya. Azureen hanya memandang. Terasa panas sedikit hatinya.

"Awak ajak saya ke sini hanya untuk tengok awak makan je ke?" Azureen menyoal geram. Faris mendongak. Direnung Azureen seketika.

"Awak nak makan pergilah ambik?" Ujarnya selamba. Azureen geram. Dia bingkas bangun dan pergi dari situ. Memang dia bukan apa-apa pada Faris. Jeritan Faris memanggilnya tidak dipedulikan. Air matanya mengalir laju.

Sampai di bilik, Diya masih lena tidur. Azureen terus menyembamkan wajahnya ke bantal. Dia menangis semahu-mahunya. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia menangis. Tetapi dia sangat terasa hati apabila Faris tidak mempedulikannya tadi. Seolah-olah dia hanya wujud ketika diperlukan. Telefon bimbitnya berbunyi. Azureen tercari-cari telefon bimbitnya. Rupa-rupanya terperosok di bawah bantal.

'Kenapa awak pergi macam tu je tadi? Saya kat bawah blok awak ni. Saya bawak breakfast untuk awak. Turunlah..'-Faris

Azureen menyapu air matanya yang masih mengalir. Dia berkira-kira mahu pergi berjumpa Faris ataupun tidak. Azureen bangun melihat wajahnya di cermin. Matanya merah berair. Dikesat matanya dengan tisu lalu disapu bedak nipis ke muka supaya kesan tangisannya tidak terlalu ketara. Azureen memeriksa wajahnya sekali lagi dan sejenak kemudian dia berlalu keluar.

"Nah..." Faris menghulurkan bungkusan plastik berisi bekas polisterin kepadanya. Azureen menyambutnya. Dia kelu untuk berkata-kata. Dia sudah cukup malu pada Faris. Betapa dia bertepuk sebelah tangan.

"Reen, awak okay tak ni?" Faris bertanya apabila Azureen hanya tercegat tunduk membisu.

"Saya okay.." Jawab Azureen perlahan. Faris menghela nafasnya. Dia menguak rambutnya ke belakang.

"Reen, sebenarnya saya tahu apa yang awak rasa..Saya pun rasa sesuatu yang sama. Saya tak pandai berkata-kata, Reen. Awak faham-faham sendiri lah. Pada saya hati kita tahu segalanya. Saya balik dulu, Assalamualaikum." Faris berlalu menuju ke arah motorsikalnya. Dia berlalu tanpa menoleh sedikit pun kepada Azureen. Azureen terkedu. Dia tidak tahu apakah dia gembira dengan penjelasan Faris sebentar tadi. Azureen bingung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience