BAB 10

Romance Completed 20085

Keluar dari lif, Faris berlari-lari anak mencari bilik wad Azureen. Dia bertanya pada seorang jururawat yang kebetulan lalu di situ. Faris mengatur langkah ke arah yang dimaksudkan. Faris menolak perlahan daun pintu. Dilihatnya Diya sedang termenung di sisi Azureen.

"Diya," Panggilnya. Diya mengangkat wajahnya. Riak wajahnya bersahaja.

"Mana family dia? Apa jadi dengan Reen?" Soal Faris. Matanya tidak lepas memandang Azureen yang terbaring lesu itu.

"Aku suruh diorang balik sebab nampak keadaan diorang tak stabil sangat.. Reen jatuh tangga kat rumah dia tadi. Doktor kata mungkin dia pitam sebab tak cukup rehat dan stress. Tapi doktor kata Reen stabil, cuma luka teruk sikit. Aku janji dengan Mamanya nak jaga Reen..Aku tunggu kat luar ya." Ujar Diya.

Dia memberikan ruang untuk Faris duduk di kerusinya. Diya berlalu keluar meninggalkan Faris.

"Reen, Sayang...." Faris mengenggam tangan Azureen. Tangan kirinya menyentuh lembut balutan di kepala Azureen.

"Reen..Saya mintak maaf...Saya silap Reen...Sedarlah, Reen.. Saya nak dengar awak cakap rindu dan sayang pada saya..Saya nak tengok awak senyum, Reen..Awak tahu saya sayang awak sangat-sangat kan..tak pernah sekalipun terdetik rasa bosan di hati saya sejak mengenali awak..Awak yang ceriakan hidup saya selama ni..Maafkan saya buat awak menangis, Reen..."

Faris menekup mukanya. Sebak di dadanya tidak tertahan lagi. Air mata lelakinya mengalir. Dia tidak sanggup melihat Azureen yang kaku terbaring lemah.

"I love you..." Faris tersentak.

"Reen!!?" Faris separa menjerit. Azureen tersenyum lemah memandang Faris. Faris tersenyum lebar sambil menyapu sisa air matanya. Hatinya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga.

"Reen, saya janji takkan biarkan awak sendiri lagi! Saya betul-betul janji! Saya akan membalas semula semua waktu yang terbuang dan akan digantikan dengan kebahagiaan. Berhenti menangis, kerana selepas ini tiada lagi episode sedih. Demi waktu yang masih tersisa, sudilah jalani hari yang mendatang bersama saya sehingga ke akhir nafas,’’ ujar Faris.

Tiada lagi yang mampu diucapkannya melainkan kalimah suci Alhamdulillah. Episod duka suda pergi, datanglah bahagia, berjalan bersama kami.

Ujar Faris sungguh-sungguh. Azureen mengangguk lemah. Kebahagiaan kembali singgah di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience