BAB 1

Romance Completed 20085

Matanya tertumpu pada objek yang berada di mejanya. Hatinya berbunga ceria namun ada sedikit getar.

"Wow, bunga dengan coklat sape kat atas meja aku nih Diya?" Soal Azureen kehairanan. Diya menjungkit bahu tanda tidak tahu. Azureen menjuihkan bibir tidak puas hati. Dibeleknya bunga mawar segar sekuntum yang berwarna merah itu dan lima biji coklat Ferraro Rocher yang dibungkus cantik. Ada sekeping kad kecil bersampul merah jambu terselit di situ. Azureen membukanya.

'Intan Azureen, awak sangat comel. Salam perkenalan.. –From Mr.XYZ (012-3770626)'

Hisy, sape plak la Mr.XYZ nih..Dah tak reti eja nama sendiri ke hape..Azureen membebel dalam hati. Azureen memandang Diya, teman sebiliknya itu sedang asyik membaca majalah. Azureen masih tidak puas hati, mustahil Diya tidak tahu menahu tentang bunga dan coklat itu kerana Diya ada di bilik sejak pagi tadi.

"Ey Diya, serius la ni! kau tahu tak sape yang letak bunga ni sume kat sini? Kan kau ada kat bilik tadi?" Wajah Azureen bengang apabila Diya menggeleng malas.

"Betul la aku tak tahu! Tadi aku lepak kat café masa kau gi library. Aku pun baru balik gak nih. Aku sampai bilik tadi memang menatang tu ada kat situ!" Diya sedikit merengus. Dia menyambung kembali pembacaannya. Azureen terkedu, lantas dia membiarkan sahaja Diya tanpa berkata apa-apa lagi.

Azureen masih tercegat di meja studinya itu. Dalam fikirannya masih berkira-kira adakah perlu dia menghubungi nombor yang tercatat di dalam kad itu. Ah malaslah..getus hatinya. Azureen mengambil bunga dan coklat itu lalu menyimpannya di dalam almari. Bimbang kalau rakan-rakannya yang lain nampak, banyak pula persoalannya nanti.

**********

"Ah..penatnya! Katil! Katil!!" Jerit Azureen sebaik sahaja sampai di biliknya. Terasa lenguh-lenguh badannya setelah menghadiri kuliah sejak pukul 8.00 pagi tadi hingga pukul 5.00 petang. Azureen menghempaskan badannya ke tilam. Emm..bestnya dapat baring..Azureen tersenyum keseorangan. Matanya dipejamkan. Hilang sakit pinggangnya dapat berbaring di atas katil.

"Ha, jangan tidur pulak! Semayang Asar tu dulu. Nanti marahkan aku pulak cakap tak kejut, padahal dia yang liat bangun!" Tiba-tiba suara Diya mencucuk gegendang telinganya. Azureen membuka sedikit matanya. Kelihatan Diya yang baru selesai mandi sedang berdandan di hadapan cermin kecil yang tergantung di dinding. Spoil betullah minah ni...gerutu Azureen.

"Yela..yela.." Azureen bangun dari pembaringan. Dia bersila di atas katil sambil menenyeh-nenyeh matanya. Dia termenung sejenak.

"Tu yang termenung lagi kenapa?"

Suara Diya kedengaran lagi. Azureen mencebik. Dia tidak membalas kata-kata Diya. Tak penat ke membebel minah ni..gerutu Azureen lagi. Seketika kemudian Azureen bangun. Dia mencapai tualanya yang tersangkut di almari berhampiran katilnya lalu berjalan menuju ke pintu.

Tiba-tiba Azureen terperasan sesuatu. Sejak bila pulak benda alah ni ada kat sini..Desis hatinya. Azureen menghampiri meja studinya. Dia memandang Diya sekilas. Gadis itu sedang mengemas almari pakaiannya.

"Diya, sejak bila benda ni ada kat sini? Kau tak kunci pintu ke tadi?" Soal Azureen. Tangannya membelek bunga mawar sekuntum dan coklat di atas mejanya. Masih sama seperti semalam.

"Aku pergi mandi, takkan nak kunci pintu jugak?" Balas Diya. Dia masih sibuk mengemas pakaiannya.

"Dulu takpelah. Sekarang ni dah ada orang ceroboh bilik kita. Kau tak risau ke kalau barang-barang kita hilang? Aku nak report kat fellow lah!" Ujar Azureen. Nada suaranya sedikit marah.

"Tapi takde apa-apa yang hilang pun kan? Yang aku nampak cuma bunga dengan coklat tu je yang bertambah kan?" Ujar Diya selamba tetapi dengan nada yang sedikit sinis. Azureen geram. Dia berlalu ke luar menuju ke bilik air tanpa mempedulikan Diya. Tak concern langsung! Getus Azureen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience