BAB 8

Romance Completed 20085

Cuti akhir semester telah bermula. Azureen pulang ke rumahnya di Selangor. Faris juga pulang bersamanya, kebetulan mereka berdua berasal dari negeri yang sama. Namun Faris sedikit sibuk mengisi cuti semesternya dengan program universiti yang dijalankan di Kuala Lumpur. Azureen menghabiskan masanya di rumah.

Apabila cuti semester tamat nanti, dia akan melangkah ke tahun empat, manakala Faris menjejak semester akhirnya di universiti. Sama ada sedar atau tidak, perkenalan mereka sudah mencecah setahun. Azureen sendiri tidak ingat secara tepat bila dia dan Faris saling mengenali, juga dia tidak ingat bilakah mereka bergelar pasangan kekasih..kerana semuanya berlaku secara tidak di duga dan tidak rasmi. Azureen sendiri tidak menyangka perkenalan mereka mampu bertahan selama ini.

Azureen tersenyum keseorangan di bilik. Dia terkenangkan saat-saat manis bersama Faris. Selepas peristiwa di padang itu, Faris banyak berubah. Faris benar-benar mengotakan janjinya. Faris sentiasa mengambil berat tentangnya, Faris sentiasa menghubunginya semata-mata untuk mengucapkan rindu dan sayang jika berada di luar daerah.

Saat itu Azureen benar-benar merasakan dirinya dihargai. Kadang-kadang dia datang memberi sokongan kepada Faris jika Faris menyertai mana-mana perlawanan ataupun aktiviti dan Faris sendiri tidak segan silu memperkenalkan Azureen pada rakan-rakannya.

Namun sejak akhir-akhir ini Faris kembali sibuk. Azureen sedikit sunyi. Nasib baiklah anak saudaranya Iskandar ada tinggal bersama di rumahnya buat sementara waktu kerana musim cuti sekolah telah bermula. Ada juga teman untuk dia berbual. Azureen benar-benar merindui Faris tika ini tapi di tahan sahaja rasa itu.

"Reen, I'll call you back. Saya dalam majlis."

Talian diputuskan. Azureen mengeluh. Sudah dua minggu dia tidak bercakap panjang dengan Faris. Paling lama pun lima minit. Faris terlalu sibuk akhir-akhir ini. Sms Faris pun sudah lama tidak menjengah inboxnya.

Mustahil Faris akan menghubunginya semula nanti. Bukan Azureen tidak faham Faris sedang sibuk, tetapi sukar sangatkah hendak meluangkan sedikit waktu dengannya?

Azureen membuka komputer ribanya untuk melayari internet, bosan bersendirian. Hendak berborak dengan Iskandar, anak saudaranya itu pula sedang asyik menonton siri animasi di televisyen.

Tiba-tiba terdetik di hati Azureen untuk menghantar e-mel kepada Faris. Ingin diluahkan apa yang terbuku di hatinya agar Faris mengerti.

"Mak Su! Mak Su! Jomlah turun makan. Nenek masak best..sebab Is kan dapat nombor saru periksa..!" Iskandar berkata riang. Digoyang-goyangkan lengan Azureen.

"Ya,ya..Kejap lagi Mak Su turun..Mak Su nak siapkan keje ni sikiit lagi,ya?" Pujuk Azureen. Iskandar mengangguk-angguk sedikit hampa. Kanak-kanak lelaki yang berusia sepuluh tahun itu pun berlalu keluar dari bilik Azureen. Azureen Cuma tersenyum memerhatikan langkah anak itu dan menyambung kerjanya.

Azureen menekan butang 'Send' di skrin komputernya. Air mata berjuraian membasahi pipinya. Azureen menyapu air matanya. Dia mencapai telefon bimbitnya di hujung meja lalu menekan punat-punat di situ.

'Check your mail.'

Ringkas sahaja pesanan yang dihantarnya kepada Faris. Azureen memeriksa sekilas wajahnya di cermin, kemudian berlalu keluar dari biliknya. Sewaktu kakinya menjejak anak tangga untuk ke tingkat bawah, Azureen terasa kepalanya berat. Sempat dia mendengar suara Iskandar menjerit memanggil namanya. Pandangannya gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience