BAB 4

Romance Completed 20085

"Boleh kita duduk kat situ sekejap?"

Lelaki itu berkata sambil jari telunjuknya menuding ke arah bangku kayu di suatu sudut. Azureen berjalan terlebih dahulu. Lelaki itu mengekorinya. Suasana sepi seketika. Lelaki itu sedang membelek satu-persatu bunga dan coklat yang terdapat di dalam beg plastik itu. Azureen membiarkan. Debaran hatinya hanya Tuhan yang tahu.

"Azureen, saya mintak maaf. Memang nombor telefon tu nombor saya..Tapi bukan saya yang bagi semua ni kat awak," Tiba-tiba lelaki itu bersuara. Azureen terkejut dengan penjelasan itu.

"Habis tu siapa?" Balas Azureen.

"Saya pun tak tahu. Mungkin ada orang nak kenakan kita.." Ujar lelaki itu lagi.

"Kenapa pulak diorang nak kenakan kita? Takde motif kan?" Soal Azureen lagi. Lelaki itu mengjungkit bahu. Azureen menghela nafasnya.

"Takpelah macam tu, saya balik dulu." Azureen bangun, bersedia untuk pergi. Dia sudah tidak sanggup berlama-lama di situ. Malunya bukan kepalang lagi.

"Azureen,"

"Ya?" Azureen menoleh. Lelaki itu kelihatan seperti tidak keruan.

"Apa kata kalau kita teruskan?"

"Teruskan apa?" Soal Azureen. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan lelaki itu.

"Kita teruskan saja seperti apa yang berlaku sebelum ini. Anggaplah memang saya yang bagi semua tu kat awak. Kita mulakan perkenalan kita. Saya Faris," Ujar lelaki itu sambil menghulurkan beg plastik itu kembali padanya. Azureen tercengang. Apa ni? Dia betul-betul tidak faham apa yang berlaku. Tanpa sempat befikir, Azureen mengambil beg plastik tersebut dan berlalu pergi.

*********

Sejak peristiwa hari itu, Azureen dan Faris kerap berhubung melalui sms. Maklumlah, di peringkat awal perkenalan. Kadang-kadang ada juga Faris menelefonnya, tetapi lelaki itu tidak banyak bercakap. Hanya Azureen yang sibuk bercerita itu dan ini. Azureen tidak kisah, mulutnya memang becok setelah mengenali seseorang. Kadang-kadang terasa juga hatinya apabila Faris hanya membalas smsnya sepatah-sepatah. Kalau bercakap pula sekadar mengiyakan apa yang diperkatakan.

Sebenarnya Azureen sengaja bersabar, kerana dia mahu mengenali Faris sedalam-dalamnya. Sejak dahulu lagi dia meminati Faris, tetapi dia tidak mengenali lelaki itu sebetulnya. Hanya bertemu muka di majlis-majlis universiti sahaja. Apa yang dia tahu, Faris memang aktif.

Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti, Faris ada menyertainya. Azureen pasti ramai lagi gadis lain yang meminati Faris. Wajahnya yang kacak dan berkaliber itu mudah untuk menarik mana-mana gadis. Namun setelah mengenali Faris, Azureen sedikit kecewa.

Lelaki itu bukanlah seperti yang dijangkakan. Faris pendiam, kurang sensitif dan adakalanya terlalu selamba. Mungkin Faris hanya menganggapnya kawan biasa. Tetapi Faris selalu menghubunginya. Azureen tidak mengerti. Terlalu awal untuk dia membuat andaian.

Azureen ke kuliah seperti biasa pagi itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Azureen berhenti sebentar di tengah jalan meraba beg kuliahnya.

'Saya pergi Penang hari ni. Ada football match.'-Faris

Azureen membalas ringkas sms itu, sekadar mengucapkan 'good luck.' Azureen meneruskan langkahnya ke kuliah. Hatinya sedikit hampa. Baru sahaja dia bercadang hendak berjumpa Faris petang itu, melepak di tasik universiti seperti selalu. Mahu berjumpa di waktu kuliah, memang susah kerana mereka berbeza kursus dan semester. Faris pelajar Pengurusan Perniagaan Antarabangsa semester enam manakala dia pula pelajar Ekonomi semester lima. Azureen mengeluh mengenangkan itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience