BAB 7

Romance Completed 20085

Azureen menggosok-gosok matanya. Dia terpisat-pisat. Suasana bilik masih gelap. Azureen menekan punat pada telefon bimbitnya. Pukul 5.20 pagi. Azureen duduk di birai katil. Sedar dia belum solat Isyak lagi, Azureen bangun menuju ke meja studinya untuk membuka lampu meja. Biliknya diterangi cahaya malap. Azureen tidak mahu mengganggu Diya yang sedang enak tidur dengan cahaya lampu yang terang. Dia berlalu ke tandas.

Usai solat Isyak dan Subuh, matanya terasa segar pula. Azureen membelek barang-barang keperluannya yang dibelinya semalam. Dia tidak sempat menyimpannya kerana terlalu mengantuk. Eh..apa ni? Azurin meneliti isi beg plastik kecil bewarna putih ditangannya. Shin guards Faris! Azureen risau. Faris perlu ke latihan hoki pagi ini dan shin guards itu amat penting untuknya. Azureen menghubungi telefon bimbit Faris berkali-kali tetapi tidak diangkat. Tidur lagi agaknya..takpelah nanti cuba lagi..Bisik hatinya sendiri.

"Reen...Reen.." Azureen mencelikkan matanya apabila terasa bahunya disentuh. Diya tercegat di sisinya. Azureen masih mamai.

"Tadi Faris call, aku cakap kau tido.." Ujar Diya.

"Hah?" Azureen bingkas bangun. Dilihatnya pagi sudah terang-benderang. Ditatap pula skrin telefon bimbitnya, pukul 9.00 pagi! Azureen cepat-cepat menghubungi Faris.

"Reen, awak call nanti. Training dah nak start. Bye." Sepantas kilat Faris memutuskan talian. Azureen bingung. Sejenak kemudian Azureen bingkas bangun mencapai tualanya lalu meluru keluar ke bilik air. Sekejap sahaja, dia selesai mandi. Azureen bersiap sepantas yang mungkin.

"Pergi mana Reen!?" Diya kehairanan melihat temannya itu bagaikan lipas kudung.

"Hantar barang kat Faris!" Balas Azureen sambil menyarung sandal lalu keluar.

Azureen berpusing-pusing di sekitar padang. Dia tidak tahu di bahagian mana Faris berlatih. Ada tiga pasukan di situ. Satu bermain bola sepak dan dua pasukan lagi bermain hoki. Azureen melangkah masuk ke padang. Dia tidak dapat mengecam Faris dari jarak jauh. Pappp!!! Azureen terjelopok ke tanah. Kepalanya terasa pening. Kedengaran bunyi hingar-bingar di sekelilingnya.

"Faris! Awek kau ni!!" Jerit satu suara. Faris yang sedang bermain hoki terhenti sejenak mendengar namanya dilaungkan. Seketika kemudian dia bergegas ke kumpulan orang ramai itu apabila terpandang sekujur tubuh terbaring di sudut padang. Dia menyelit masuk ke dalam kumpulan pelajar lelaki yang sedang berkerumun itu.

"Apa jadi ni? Reen, bangun! Reen, bangun sayang!" Faris menggoncang-goncang badan Azureen. Azureen yang separa sedar terasa semakin pening diperlakukan begitu. Faris mencapai botol air mineral yang dihulur Rudi. Disapunya sedikit ke wajah Azureen. Azureen membuka matanya, pandangannya lemah. Orang ramai yang sedang berkerumun itu beransur kurang. Faris tersenyum lega.

"Kenapa awak datang sini Reen?" Soal Faris apabila Azureen sudah beransur pulih. Mereka berdua duduk di tepi padang. Azureen asyik mengosok-gosok dahinya.

"Saya cuma nak bagi awak ni.." Azureen berkata perlahan. Tangan kanannya menghulurkan shin guards itu kepada Faris. Faris menyambutnya. Dia terkedu sebentar.

"Reen, awak tak perlu susah-susah nak bagi benda ni kat saya..ni kan cuma training.." Ujar Faris lembut. Direnungnya Azureen. Kesian Reen, tak pasal-pasal dahi lebam kena bola..bisik hatinya.

"Saya risaukan awak, takut awak injured.." Balas Azureen. Faris tertunduk diam.

"Faris..." Panggil Azureen lagi. Faris menoleh.

"Baru tadi saya dengar awak panggil saya 'sayang'.." Azureen tersenyum. Faris berpura-pura memandang ke tempat lain.

"Dah memang saya sayangkan awak. Awak girlfriend saya takkan saya tak risau." Faris berkata selamba. Azureen terasa hati-hatinya berbunga-bunga waktu itu. Baru hari ini Faris mengaku tentang perasaannya.

"Reen..." Faris memanggil lagi, namun terdiam sejenak. Dia menghela nafas yang panjang. Azureen sabar menanti kata-kata yang seterusnya.

"Semalam Rudi bagitau saya, dia dan Diya rasa bersalah kerana cuba jodohkan kita. Sebenarnya, bunga dan coklat yang dulu tu semua rancangan diorang. Saya pun tak tahu menahu pasal tu, Reen.. Rudi rasa bersalah pada awak kerana temukan awak dengan saya dalam keadaan saya yang tak bersedia dgn komitmen. Rudi ingat dia boleh ubah lifesyle saya dengan kehadiran awak..tapi tak berhasil. Lama saya berfikir semalam..

Rudi dah sedarkan saya tentang sesuatu, bahawa awak wanita terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya. Sebelum ni tak ada satu pun perempuan yang tahan dengan perangai saya. Tapi awak tak pernah marah walaupun saya selalu ketepikan awak..awak selalu sabar dengan sikap saya yang acuh-acuh melayan awak..Maafkan saya Reen..."

Luah Faris panjang lebar. Azureen bingung, seakan tidak percaya apa yang Faris katakan. Pandai betul Diya berlakon..desis hatinya. Azureen merenung anak mata Faris mencari keikhlasan kata-kata itu, kemudian dia tunduk kembali apabila yakin Faris tidak menipu.

"Faris, saya betul-betul sayangkan awak..sebab tu saya tak kisah apa pun yang awak buat pada saya. Saya tak simpan dalam hati..awak tak perlu mintak maaf.." Azureen berkata perlahan. Kepalanya masih menunduk, malu hendak menatap wajah Faris.

"Reen..boleh saya cakap sesuatu..?" Soal Faris lembut. Azureen mengangguk kecil.

"Sebenarnya setiap hari saya rindukan awak, Reen..sesaat awak takde dengan saya, saya rasa seluruh kehidupan saya sunyi sepi..sebab tu saya selalu ajak awak jumpa..Kalau saya ada game luar daerah, saya rasa nak cepat-cepat balik jumpa awak,Reen.
Setiap kali awak sms cakap rindu dan sayang pada saya, saya gembira sangat-sangat..Tapi saya tak balas kan..? Reen, saya janji mulai saat ni saya takkan biarkan awak sedih lagi..saya nak buat awak selalu tersenyum... saya janji Reen.."

Faris merenung wajah Azureen, dia benar-benar serius kali ini. Azureen bertambah bingung. Adakah dia bermimpi? Benarkah Faris yang mengucapkan kata-kata itu? Azureen merenung mata Faris tanda tidak mengerti. Faris menghadiahkannya satu senyuman yang tulus. Azureen tidak mengerti..tetapi hatinya benar-benar bahagia saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience