BAB 9

Romance Completed 20085

Faris meraba-raba poket seluarnya apabila terasa telefon bimbitnya bergetar. Dia menyorokkan sedikit telefon bimbitnya itu ke bawah meja. Pengarah program malam itu masih berucap di hadapan untuk merasmikan majlis penutup. E-mel apa pulak sayang aku ni..

Nantilah check..Faris tersenyum sendiri mengenangkan Azureen. Ada-ada sahaja teman wanitanya itu. Disimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket.

Selesai majlis malam itu, Faris pulang ke rumah. Badannya terasa amat penat sepanjang program itu berlangsung. Faris teringatkan sms Azureen sebentar tadi, tapi malas pula rasanya hendak memeriksa kotak melnya sekarang. Faris berlalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Selesai menunaikan solat Isyak, Faris memeriksa peti masuk e-melnya di komputer. Ada satu e-mel dari Azureen tetapi subjeknya dibiarkan kosong.

'Awak,

Tiap-tiap hari saya rindukan awak..dan tiap-tiap hari saya cuba nak bagitau awak yang saya rindu dan sayang sangat kat awak..supaya awak happy..sebab dulu awak cakap awak happy setiap kali saya cakap macam tu. Tapi sekarang saya tak tau awak still happy lagi atau tak kalau saya ckp 'i love u...' sebab awak selalu takde bila saya nak cakap...

Awak,

Dulu awak pernah kata awak rasa sunyi walaupun sesaat tanpa saya..tapi sekarang, awak masih rasa sunyi ke kalau saya takde? kalau dulu awak selalu sms semata-mata nak cakap rindu, sayang kat saya...tapi sekarang awak dah tak buat..awak masih rindu dan sayangkan saya lagi ke..?

Awak,

dulu awak cakap nak buat saya selalu tersenyum..tapi sekarang saya banyak menangis.. Sudi lagi ke awak untuk buat saya tersenyum..? Dulu dalam sehari, awak mesti contact saya, sejauh mana pun awak. Tapi sekarang awak dah tak contact saya..Agaknya awak dah bosan setahun mengenali saya..?

Awak,

Masa yang berlalu buat saya makin tak mengerti..saya rindukan masa lalu kita yang manis dan serba indah..ada lagi ke peluang untuk kita lalui saat-saat tu lagi..? Saya tak salahkan awak, tak juga marahkan awak..cuma saya rasa semakin hari kita semakin jauh...atau pun terlalu membazirkah awak rasa kalau luangkan masa seminit awak untuk sms saya dari 24jam yang awak ada...?

Just to say i miss you...'

-Intan Azureen-

Faris meraup wajahnya. Terasa panas kelopak matanya membaca e-mel panjang dari Azureen itu. Dia sedar kesilapannya. Dulu dia mengenepikan Azureen, kemudian dia berjanji untuk membahagiakan Azureen. Dia kotakan janjinya itu namun kini dia kembali menyisihkan gadis itu. Faris mencapai telefon bimbitnya, dia mahu memohon sejuta kemaafan dari Azureen.

Tiba-tiba Faris hairan apabila terdapat sembilan missed call dari Diya. Kenapa ni, masalah dengan Rudi ke? Desis hatinya. Baru sahaja hendak mendail nombor telefon Azureen, Diya menghubungi lagi.

"Faris! Puas aku call kau!" Belum sempat Faris memberi salam, jeritan Diya terlebi dahulu menerjah gegendang telinganya.

"Apa hal ni..? Aku mandi tadi, tak dengar..." Ujar Faris lemah. Dia tiada mood untuk berbual.

"Reen masuk wad! Datanglah cepat!" Faris tersentak. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Apa kau cakap ni? Kenapa dengan Reen?" Soal Faris cemas.

"Datang dulu! Ampang Puteri. Bye!" Diya memutuskan talian. Faris termangu-mangu. Dia bingung. Seketika kemudian dia bingkas bangun menukar seluarnya dan berlalu keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience