BAB 1

Romance Completed 11273

Allah SWT berfirman dalam surah Ar Rum ayat 21:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Buku nota rona hijau yang saban kali dibelek tiap waktu, ditutup setelah menulis sepotong ayat untuk tatapan di kemudian hari. Sepanjang hari, dia resah sendiri. Acapkali fikirannya terganggu dek kerana satu dugaan kecil yang Allah berikan. Jodoh! Mana tak kusut otaknya, bila ibu angkatnya, Umi Waheeda tidak pernah berhenti menayankan tentang topi perkahwinan.

“Umi bukanlah nak memaksa Issa, tapi umi tak mahu timbul perkara yang tak baik nanti. Issa jauh dari pandangan umi. Umi percayakan Issa, cuma lebih elok jika Issa ada seseorang yang mampu menjaga Balqis. Tidaklah umi risau, Issa kerja jauh di kota. Walid dan ammi pula jauh di luar negara,” Umi Waheeda ketika Balqis pulang ke kampung bulan lepas.

Senak ulu hatinya dengan hajat Umi Sainah. Bukankah soal jodoh itu kerja Allah? Sekalipun, dia bertungkus lumus mencari jodohnya, jika sudah tertulis jodohnya tiba lewat… dia harus terima. Atau, lebih baik dia menunggu sahaja jodoh yang tertulis untuknya tiba?

“Hoi!” sergah Ai Ling.

Balqis tersentak sedikit.

“Ya Allah, Ai Ling. Nasib baik kau bukan muslim. Nak jugak aku bagi tazkirah free,” Ai Ling tersengih akan bebelan Balqis.

“Sorrylah. Aku tak sengaja loh. Aku ingatkan, kau sedar aku datang bilik kau ni,” Balqis menggeleng perlahan.

Ai Ling melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Balqis dan dilabuhkan punggung di kerusi berhadapan Balqis.

“Apa hal kau datang ni?”

“Amboi, kau. Nak datang pun dah tak boleh? Sombong sangat,” Ditampar belakang Balqis di atas meja.

“Bukan sombonglah, sayang. Curious aje. Selalunya, kau tu sibuk semedang. Mana ada masa nak melawat kawasan,” tebak Balqis sambil bangun ke almari di sebelah kirinya.

Mug di rak dua tingkat, dia ambil. Sepaket white coffee diambil dari balang. Setelah siap membancuh air, dihidangkan kepada Ai Ling. Dia kembali duduk di kerusi empuknya.

“Bernard ajak aku kahwin,” kata Ai Ling serius.

Ternganga mulut Balqis. Wah, berita baik ni. Seingatnya, Bernard belum pernah melamar Ai Ling sebelum ni. Terbuka juga hatinya untuk memperisterikan Ai Ling. Tetapi, muka Ai Ling tak menunjukkan riak ceria. Kenapakah?

“Serius? Tahniah. Tapi, kenapa muka kau macam tak happy?”

Ai Ling melepaskan keluhan berat.

“Entahlah, Qis. Aku tak expect pun benda ni. Lagipun, Bernard tak pernah tunjuk yang dia serius dalam hubungan kami. Kau tahukan, aku tak bersedia lagi. Tiba-tiba, semalam dia ajak kahwin,” jelas Ai Ling.

Balqis merenung sahabatnya yang sama-sama menuntut di University of Cambridge, dua tahun lalu. Baginya, Ai Ling beruntung kerana dia sudah mempunyai steady boyfriend yang boleh dijadikan sandaran. Setidaknya, Bernard serius di dalam perhubungan mereka. Bukan seperti dia yang masih menanti dan menanti. Huh!

“Ai Ling, what do you expect then? He suit you so much, dear. I knew Bernard. He always put the thing very serious. Lagipun, dah lama korang berkasih. Dah tiba masanya korang tamatkan dengan… marriage,” Balqis cuba meyakinkan Ai Ling.

“I just… don’t know, Qis. Benda ni berlaku tiba-tiba. Aku… tertekan. I’m still young, Qis. Banyak lagi benda yang aku nak capai. At least, let me have my own project for good,” White coffee panas disisip perlahan.

“Macam nilah, Ai Ling. Lebih baik kau berbincang dengan Bernard aje. Let him know your mission, your target. Believe me, he will understand it,” Ai Ling tersenyum sedikit.

Kedatangannya ke sini untuk bertemu Balqis, tidak sia-sia. Dia tahu, Balqis pasti akan menolongnya. Sejak mereka di Cambridge lagi, Balqis akan membantunya untuk selesaikan masalahnya dan Bernard. Sehinggakan, gadis itu sudah terlantik secara semula jadi sebagai penasihat tetap mereka berdua.

“Thank you, Qis. You’re the best. I love you, friend,” ucap Ai Ling, ikhlas.

Balqis tersenyum manis.

“I love you too, dear. Jom lunch sama, laparlah,” ajak Balqis. Jam tangannya sudah menunjukkan pukul satu tengah hari. Sahlah perutnya meragam bagai.

“Okey, jom…”

Balqis mencapai handbagnya. Sudah lama rasanya mereka tidak makan bersama. Ai Ling memang seronok jika berkesempatan keluar makan bersama Balqis. Pasti gadis itu akan mengesyorkan makanan yang enak kepadanya. Tekaknya yang dulunya asyik menerima makanan Chinese dan western, kini sudah mula menyukai makanan Melayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience