BAB 8

Romance Completed 11273

Qalief mendukung Afinna yang sudah lena di bahunya. Mungkin penat. Seronok sangat bermain tadi.

“Terima kasih, Qalief. Even you sibuk, still boleh datang. We really appreciate that. Sometime, make a visit to Karissa,” kata Balqis ketika menghantar lelaki itu ke keretanya.

“No biggie, Balqis. Tak sangka you adalah pencetus Karissa. Beruntung I sebab dijemput. Banyak input yang I dapat. Fin pun seronok dapat main dengan baby-baby kat sini. Sampai tak nak balik…”

“Dia dah bagi hint nak adik tu. You bagi ajelah,” Qalief senyum nipis. Nak bagi, bagaimanalah tu?

“Insha Allah. Oh, ya. Tadi, I ada minta number you dekat uncle Wahid. Tak adalah berasap telinga I dengar suara killer Fin minta nak jumpa you. I hope… you tak marahlah,” Balqis mengusap rambut Afinna lembut. Lena sungguh dia tidur di bahu Qalief.

“It’s okay. Murah hati pula walid I ya. Anak you comel sangat. Tapi, muka dia tak mirip you pun. Ikut isteri you eh?”

“Ha’ah. Tak ada satu pun yang ikut I. Cuma, ibu I selalu cakap nakal dia aje sama dengan I dulu. Thank you, Balqis sebab sudi melayan Fin. Manja dia ni kadang-kadang melebih,” Balqis tersenyum.

“Alah, budak-budak. Biasalah tu. Kenapa tak bawa mak dia sekali?”

Qalief terdiam seketika.

“No comment. Okeylah, I balik dulu. Tak pasal kena bebel dengan nenek Fin. Thanks again. Ada jodoh, kita jumpa lagi,” ujar Qalief sebelum masuk ke dalam perut Mercedes Benz hitam yang dipandu pemandu Tengku Muazzam.

Balqis masih berdiri tegak di parkir walaupun kereta Qalief sudah jauh meninggalkan perkarangan dewan. No comment? Terlepas keluhan perlahan. Berat sebenarnya hati ingin berpisah dengan Afinna. Sepanjang majlis, anak itu berkepit dengannya. Ingin sahaja, dia meminta agar Qalief tinggalkan Afinna dengannya. Namun, tak kesampaian. Takut dicop nak merampas anak orang pula. Pasti isteri Qalief sudah menunggu di rumah.

Penampilan Qalief malam itu menggoyahkan hati Balqis yang selama ini bagaikan ada benteng untuk insan bernama lelaki. Qalief tampil dengan baju melayu cekak musang berona ungu muda. Sedondon mereka. Ditambah dengan sampin dan juga songkok hitam. Gaya macam nak akad nikah pun ada.

Dari jauh, Tuan Wahid dan Puan Fatiah melihat keletah anak gadis mereka. Pasti hati Balqis sudah terpikat, cuma lelaki itu sudah berpunya. Jarang sekali Balqis rapat dengan mana-mana lelaki selain warga di Pusat Asuhan Karissa dan juga Bernard. Belum pernah Balqis memberitahu mereka jika dia sudah mempunyai teman lelaki. Nampaknya, sebelum mereka kembali ke Abu Dhabi, hal Balqis harus diselesaikan dahulu. Umi Waheeda juga sering mengingatkan mereka tentang itu.

Ai Ling merenung sahabat baiknya yang ralit mengacau minumannya. Resah sungguh dia melihat Balqis seperti orang mati laki. Entah apalah yang mengganggu fikiran gadis itu pun, dia tidak tahu. Sepanjang perkenalan mereka, Balqis jarang mendiamkan diri begini. Selalunya, ada sahaja yang nak dibualkan.

“Ai Ling, kau kenal Tengku Qalief kan?”

“Ya. Why?”

“Sejauh mana kau kenal dia? I mean, his life. Maybe, Bernard ada cerita kat you pasal dia ke,” Balqis memandang tepat ke anak mata Ai Ling.

“Emmm, aku tak berapa kenal dia sangat. Cuma, Bernard adalah juga kadang-kadang tu bercerita pasal Qalief. His life was simple. Kalau kau nak tahu, he is family man. Dia still tinggal dengan parent dia. As anak sulung Tengku Muazzam dan belum berkahwin, dia tak sanggup nak berjauhan dengan family dia…”

“Belum kahwin?” sampuk Balqis.

“Ya. Tapi, Bernard cerita Qalief ada anak perempuan. Empat tahun umur dia, tak silap aku,” Bertambah bingung Balqis.

“Belum kahwin, tapi dah ada anak?”

“Yupp. Tapi, bukan anak kandung dialah. Mungkin anak angkat ke aku tak tahu. Eh, yang kau tanya ni kenapa? Kau minat dia eh?”

Balqis tersedak. Hish, Ai Ling ni. Kot ya pun, perlahanlah sikit volume tu, desis Balqis. Buat malu saja, pengunjung restoran di sekitarnya sudah menjeling.

“Tak adalah. Aku nak tahu aje. Dia pernah jadi VIP jemputan kat Karissa. Itu yang aku tanya,” Balqis masih belum bersedia untuk menceritakan pertemuannya dengan Qalief dan Afinna. Masak dia kena usik dengan Ai Ling.

“Manalah tahu. Lagipun, Qalief tu handsome. Memang padanlah kau orang berdua. Kalau aku tak couple dengan Bernard, maybe aku pilih Qalief. Ada rupa, poket dia pun penuh,” kata Ai Ling selamba.

Balqis menjegilkan matanya.

“Banyaklah kau. Gatal jugak ya kau. Ada hati nak tackle si Qalief tu,” Ai Ling mencebik.

“Alah, suka-suka aje. Bernard tetap di hati aku,” Balqis buat gaya nak termuntah.

Dulu bukan main lagi merajuk dengan Bernard. Sampai tak ingat dunia. Hari ni lain pula. Sayang juga Ai Ling pada Bernard.

“So, what about you and Bernard? Dah settle?”

Ai Ling tersengih sedikit.

“Qis, I wanna be his wife less than three month…”

“What?!” Tidak percaya Balqis akan perkhabaran itu.

Ai Ling menunjukkan riak malu.

“Aku dah terima dia, Qis. Mungkin ini jalan penyelesaian untuk kami. Family aku pun sokong keputusan kami. Lagipun, kami bukannya muda lagi,” Balqis menggenggam erat jemari Ai Ling.

“Tahniah! Happy for both of you. Nanti korang jemput aku tak?” Ai Ling menampar lembut tangan Balqis.

“Apa pulak tak jemput? Kau tu best friend aku tau. Susah senang kita bersama even berlainan agama. Aku sayang kau sangat-sangat, Qis. And, guess what? Our wedding theme is… perkahwinan tradisional melayu,” Sekali lagi Balqis terkejut akan kenyataan itu.

“Serious? Terharunya aku. Sayang kau plus-plus,” Ai Ling mengangguk. Persahabatan mereka lebih erat dari hubungan adik beradik.

Ai Ling banyak belajar tentang budaya masyarakat melayu dan juga Islam. Mungkin hatinya masih belum terbuka untuk convert. Ketika belajar di Cambridge dulu, setiap hari dia melihat rutin Balqis. Solat, mengaji, puasa. Jika ada yang dia keliru, Balqis akan memberikan penjelasan. Balqis sendiri banyak belajar tentang budaya Cinanya. Mereka saling bertukar pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience