BAB 11

Romance Completed 11273

Pintu wad yang menempatkan Afinna dibuka perlahan. Tangisan Afinna mencuri pendengarannya. Kelihatan Qalief sedang memujuk anak perempuannya.

“Assalamualaikum,” Serentak Qalief dan Afinna berpaling ke pintu.

“Waalaikumsalam, Balqis. Masuklah,” Balqis menghampiri Afinna yang sedang sendu. Qalief membiarkan Balqis melayan Afinna sementara dia duduk di sofa. Takut Balqis tidak selesa pula dia di situ.

“Kenapa ni? Sakit lagi?”

Afinna memeluk Balqis erat. Ya Allah, terseksakah kanak-kanak ini? Sembuhkanlah dia, Ya Allah. Doa Balqis tulus. Jam sudah menginjak ke pukul sebelas malam, anak kecil ini masih berjaga.

“Mummy,” rengek Afinna.

“Dia rindukan ibu dialah, Qalief,” Qalief yang sedang duduk di sofa berdekatan katil mengangkat wajahnya.

“Kalaulah I boleh bawakan ibu dia, Balqis. She’s died. Mummy Fin dah tak ada,” Tersentak Balqis di atas katil. nafas dihela perlahan.

“I’m sorry. Fin dah makan ke?”

“Belum. Puas I pujuk dia tadi. Sebab tak makan tulah, tak boleh tidur. Lepas tu, asyik merengek panggil you. Ibu I suruh I call you terus. Takut melarat pulak keadaan Fin,” tutur Qalief.

Tenang sedikit hatinya melihat Afinna selesa dalam dakapan Balqis. Tidak seperti tadi, asyik meracau dan menangis.

“Fin, auntie suap Fin makan, nak? Auntie bawakan bubur untuk Fin. Sedap tau,” Afinna mengangkat wajahnya. Dia mengangguk perlahan.

Balqis mengambil beg kertas yang berisi bekas bubur dan juga susu suam. Dibuka Tupperware bubur. Baunya sahaja mampu membuatkan Afinna lapar. Penat menangis agaknya. Qalief hanya melihat Afinna disuap oleh Balqis. Tersentuh hatinya tatkala Afinna membuka mulut kecilnya. Berselera sekali Afinna makan bubur yang dibawa Balqis.

“Ni mesti overdose snek, kan?” Qalief mengangkat kening.

“Fin jarang makan nasi. Nampak aje nasi, terus dia lari. Bukan senang nak pujuk dia makan. Kadang-kadang, kena ugut barulah nak makan. Tapi, kalau bagi snek, laju aje dia makan,” jelas Qalief.

“Jadi, Fin kena habiskan bubur ni tau. Kalau tak, auntie tak nak jumpa Fin lagi,” Afinna mengangguk perlahan.

Shining eyes milik Afinna membuatkan Balqis jatuh kasihan. Pasti Afinna rindukan belaian seorang ibu. Bukan semua benda yang mampu bapa lakukan. Qalief pula bukanlah sepanjang masa bersama Afinna. CEO syarikat besar seperti Qalief, manalah ada masa terluang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience