BAB 5

Romance Completed 11273

“Balqis, tolong mandikan Nini. Dah masam ni,” Tiyah menyerahkan Nini, bayi berusia enam bulan itu kepada Balqis.

“Alolo, bucuknya dia. Anak siapalah ni? Jom kita mandi ya. Biar wangi,” Balqis membaringkan bayi kecil itu.

Tangannya lincah membuka pakaian Nini. Hanya pampers sahaja dia tidak tanggalkan. Digeletek anak kecil sehingga terkekek. Gelilah tu.

“Qis dah jumpa dengan keluarga Nini?” soal Tiyah.

“Dah, kak. Jawapan dia orang tetap sama. Apalah yang dia orang benci sangat dengan Nini ni. Budak comel macam ni pun, tak nak. Jangan, nanti kita dah asuh dia… baru terhegeh-hegeh nak balik budak ni. Masa tu, kirim salamlah Qis nak bagi,” bebel Balqis.

“Jangankan Qis, akak pun takkan bagi. Penat-penat kita jaga, dia orang nak balik. Uih, itu memang cari nahas…”

“Nantilah Qis cuba fikir initiatif lain nak pujuk dia orang. Mana tahu, lembut hati nak terima Nini. Kalau ikutkan hati Qis, nak aje Qis sain surat anak angkat. Biar Qis aje yang jaga Nini,” Tiyah ketawa kecil.

Padanya, Balqis memang layak untuk menjadi seorang ibu. Setiap kanak-kanak yang dihantar ke sini kerana dibuang keluarga, memang akan menunggu kelibat gadis itu. Bagi mereka, Balqislah ibu mereka. Sepanjang dia bekerja di rumah asuhan milik keluarga Balqis, belum pernah gadis itu merungut mengatakan kanak-kanak di situ menyusahkan dia.

Rumah asuhan itu bukanlah diwujudkan untuk menyokong pembuangan kanak-kanak di luar nikah. Cuma, sebagai tempat untuk bayi-bayi yang dihantar ke rumah asuhan itu menumpang buat sementara waktu. Beberapa orang yang dilantik akan cuba memujuk agar ahli keluarga bayi-bayi itu untuk menerima kembali bayi yang sudah mereka buang.

Setidak-tidaknya, mereka akan ada kesedaran untuk terus membela nasib bayi-bayi terbuang itu. Balqis sendiri dididik sejak kecil agar menerima baik buruk seseorang itu seadanya. Tidak bermakna, orang yang melakukan kejahatan itu adalah jahat. Pasti ada alasan mengapa mereka begitu.

“Hah, Qis. Jangan lupa pasal ‘Malam Penyatuan Hati’ tu. Qis kena datang bagi pihak Tuan Wahid dan Puan Fatiah,” Tiyah mengingatkan Balqis tentang majlis yang diadakan khas untuk meraikan kanak-kanak di pusat asuhan itu.

“Insha Allah. Tapi, bukan dia orang balik sehari sebelum majlis ke?”

“Memanglah. Tuan Wahid nak ada back up. Takut flight delay ke apa ke. Dia orang nak balik awal dari tu, tak boleh. So, terpaksalah Qis jadi back up,” jelas Tiyah.

Balqis hanya mengangguk. Dia membuka pampers Nini lalu dibawa bayi itu ke bilik air. Masuk angin pula dek terlalu lama terdedah badannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience