BAB 9

Romance Completed 11273

Kehadiran Umi Waheeda menggembirakan Balqis. Rindunya dia pada wanita itu. Entah mimpi apa, Umi Waheeda sudah tercongok di hadapan rumah. Nasiblah Tuan Wahid dan Puan Fatiah ada di rumah. Tidaklah bosan jika Balqis keluar bekerja. Lama juga Umi Waheeda akan berada di sini. Balqis agak pelik kerana Umi Waheeda bukannya jenis boleh meninggalkan rumah sesuka hatinya.

“Nak pulak umi tinggal kat lama eh. Dulu, bukan main payah nak datang,” Umi Waheeda mencubit lengan Balqis.

“Eh, ini pun umi ada masa nak datang tau. Kalau tak, raya nanti barulah nampak muka Issa. Lama Ati dengan Wahid balik sini?”

“Boleh tahan lama jugaklah, kak Nah. Banyak kerja nak settle kat sini. Sementara tu, boleh juga tengokkan Issa ni. Balik sana awal pun, hati tak tenang teringat dia seorang kat sini,” balas Puan Fatiah.

“Apalah, ammi, walid, umi ni. Issa okey aje kat sini. Ai Ling kan ada temankan Issa,” Balqis mengambil sepotong epal dan dibawa ke mulutnya.

Petang itu mereka bersantai di balkoni bawah berdekatan dengan halaman rumah.

“Memanglah. Tapi, sekarang ni Ai Ling sibuk nak uruskan majlis perkahwinan dia. Mestilah jarang datang sini,” Balqis cebik bibirnya.

Gaya dia tidak biasa tinggal seorang. Nak dekat setahun sejak Tuan Wahid dan Puan Fatiah berhijrah ke Abu Dhabi atas urusan kerja, dia bersendirian di rumah semi-D yang besar ni. Lagipun, jika dia takut, dia boleh sahaja ke Pusat Asuhan Karissa. Ada juga teman untuk berbual bermain.

Tuan Wahid mengerling isterinya dan Umi Waheeda. Mereka berdua yang perasan, menganggukkan kepala.

“Issa, apa pandangan Issa tentang perkahwinan pilihan keluarga?”

Balqis buat muka pelik. Dah kenapa tanya dia?

“Emmm, no comment. Tapi, pilihan keluarga ni berkat. Dah tentu-tentu dapat persetujuan keluarga. Pilihan sendiri ni, belum tentu dia orang approve. Kenapa walid tanya?”

“No comment konon. Berjela jugak komen dia. Kalau kami cari calon suami untuk Issa, macam mana?”

Dah macam monyet kelaparan muka Balqis tika ini. Epal yang dikunyah terus ditelan kasar. Dia tak salah dengarkan?

“Apa… apa maksud walid?”

“Issa kisah tak kami carikan calon suami untuk Issa. Walid, ammi dan umi dah bincang. Kami dah bersepakat dan sebulat suara bersetuju dengan calon pilihan kami. Cuma, tinggal Issa nak setuju aje,” Balqis rasa badan dia macam nak melayang.

Untung sahaja dia sedang duduk elok di atas permaidani. Jadi, tidaklah sakit jika jatuh.

“Umi dah tengok calonnya. Alhamdulillah, umi berkenan. Orangnya bukanlah baik, tapi dia tak jahat,” Erk?

Balqis terkaku. No respons. Tuan Wahid, Puan Fatiah dan Umi Waheeda sudah serba salah. Tidak sukakah Balqis akan keputusan spontan mereka? Anak gadis itu hanya diam. Selalunya, kalau diam tu tandanya setuju. Tapi, lain dengan kes Balqis. Diamnya umpama tidak bersetuju dan tidak menyukai tindakan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience