BAB 2

Romance Completed 11273

“Dear?”

Ai Ling mengangkat wajahnya. Bernard? Muka bosan dilontarkan. Dia ingatkan, bolehlah makan dengan senang hati. Nampaknya, hambarlah makan tengah harinya hari ni. Elok sahaja mood dia nak okey, Bernard datang mengganggu pula.

“Eh, Qis pun ada? Glad to see you, my dear friend,” Balqis tersenyum.

“Duduklah, Bernard. Good to see you too,” Tanpa lengah, laju sahaja Bernard duduk di kerusi bersebelahan dengan Ai Ling.

Balqis senyum nipis. Macam dia tak nampak riak muka Ai Ling yang berubah masam mencuka itu. Nasib Bernardlah, terserempak dengan kekasihnya hari ni. Tetapi, Bernard selamba sahaja. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Pelik sungguh hubungan mereka berdua ni. Perkara yang baik berlaku pun boleh berperang. Tak faham sungguh!

“I dengan kawan I tau. Kejap lagi dia datang,” maklum Bernard. Tidak mahu mereka tertanya-tanya pula.

“Oh, ye ke. You memang selalu makan kat sini ke, Bernard?” soal Balqis, sekadar menceriakan suasana.

“Kadang-kadang. Ikut moodlah. Terasa nak makan makanan Melayu, kat sinilah tempat I. Kawan I syorkan restaurant ni. He said, here was heaven of Malay’s food,” jelas Bernard sambil matanya mencuri pandang Ai Ling di sebelahnya.

Gadis itu hanya menikmati makanannya tanpa menghiraukan dunia sekeliling. Tiada gaya dia ingin membuka mulut. Sabarlah wahai hati oi, desis Bernard.

“Nice opinion. Your girl likes the food here too. Have a together visit, sometime,” Bernard mengenyitkan mata kepada Balqis.

“Good suggestion, Balqis. I hope, she won’t refuse that,” Tergelak Balqis dek Ai Ling hanya mendiamkan diri.

Sedang mereka berborak, muncul seorang lelaki di meja mereka. Bernard mengajak lelaki itu menyertai mereka. Disebabkan hanya kerusi di sebelah Balqis sahaja yang kosong, dilabuhkan punggung di situ. Balqis hanya membiarkan sahaja memandangkan lelaki itu adalah kawan Bernard. Takkan dia nak menghalau. Tidak sopan namanya itu.

“Hai, Qalief,” sapa Ai Ling. Keluar juga suara emasnya itu.

“Hai, Ai Ling. How are you? Long time no see,” Ramah pula lelaki yang bernama Qalief itu.

“I’m fine. But, I’m not feeling good, right now,” balas Ai Ling selamba. Tanpa memikirkan perasaan Bernard yang semakin membara. Namun, ditahannya agar tidak terlalu emosional.

“Dear, please. Not here,” bisik Bernard perlahan di telinga kekasih hatinya.

Ai Ling menjeling. Tak kuasa dia nak layan. Biarlah dia nak emosi pun. Bukannya Qalief dan Balqis tidak tahu masalah mereka. Dia pasti, Bernard sendiri sudah menceritakan hal semalam kepada Qalief. Jika dia rapat dengan Balqis, begitu juga Bernard yang boleh dikatakan berteman rapat dengan Qalief sejak dari zaman sekolah lagi.

“Cik Nur Balqis?” tegur seorang wanita. Balqis mendongak. Siapa pula menegurnya? Jika kawan-kawan pejabat, mustahil kerana mereka jarang ke restoran ini. Siap bercik-cik lagi, hah.

“Kak Gee,” Balqis bangkit. Disalam wanita yang dipanggil Kak Gee itu. Mereka turut melagakan pipi. Perempuan kalau sudah berjumpa kan, begitulah gayanya.

“Lamanya tak jumpa. What are you doing here?”

“I’m doing my laundry. Of courselah, datang sini nak makan. Apalah kak Gee ni. Kak Gee tu yang asyik sibuk. Bulan lepas Qis balik kampung, kak Gee pergi mana?”

“Alah, sorry. Kak Gee ada kursus. Kak Gee kat sini pun, sebab ada product launching. Jadi, malam ni kak Gee datang rumah Qis. Boleh?”

“Boleh sangat. Jumpa kat rumahlah. Boleh borak panjang,” Kak Gee mengangguk.

“Okey, kak Gee gerak dulu. See you very soon,” kata Kak Gee sebelum melangkah meninggalkan restoran.

Balqis kembali duduk dan menyambung bersantap. Membazir pula jika tidak dihabiskan rezeki Allah itu.

“Qis, kenalkan ni kawan I merangkap bos I, Tengku Qalief. Lif, meet Balqis, our best friend…”

“Oh, hai. Bos Bernard? Means that, Gemini Holding’s boss?” Qalief mengangguk sambil tersenyum.

“Yupp. Nice to meet you,” Balqis hanya senyum nipis.

Jadi… inilah bos Gemini Holding’s yang famous tu? Habis gadis bujang di tempat kerjanya asyik stalk profile fac si Qalief ni. Pantang ada masa terluang, ada sahaja mereka bergosip tentang lelaki di sebelahnya ini. Pada pandangannya, berasaslah para gadis di pejabatnya admire sangat dengan Qalief.

Berkarisma. Memiliki rupa paras yang kacak, boleh cair gitu kalau asyik pandang dia saja. Badan pula tough macam Channing Tatum, hero filem White House Down tu tapi wajah mereka langsung tak sama, okey. Berkulit cerah. Cuma, yang Balqis tak berkenan, rantai silver di leher lelaki korporat itu. Walaupun ditutupi dengan kemeja putihnya, namun masih kelihatan. Nasib baik rambut masih hitam berkilat. Tak adalah orang salah sangka lelaki itu mat saleh. Melayu tulen gitu.

“Qis, yang budak-budak office you gilakan tu, nilah orangnya. Amacam?”

“Not bad. Sekali sekala, datanglah office I. Confirm, banjir satu pejabat sebab melting tengok you,” Qalief tergelak.

“Pandai you buat lawak, Balqis. Flood is fine, but I’m sure the disaster does make sense too,” Kini, satu meja ketawa.

Ai Ling yang masam itu pun turut ketawa.

“Balqis, bos you tak ada ke?”

“Nope, honeymoon for the second round, I guess. Why?” Memandai sahaja dia buat cerita, tetapi itulah yang diberitahu majikannya semalam.

“Patutlah you slumber aje. Dah nak habis lunch time. Sempat ke you nak balik office?” Bernard sekadar prihatin terhadap sahabatnya.

“Oh, no biggie. Half day break for today…”

“Sampai hati kau tak kasi tahu aku, Qis. Aku punyalah lahap, takut kau terlambat masuk pejabat,” Balqis memandang Ai Ling.

“Something wrongs somewherelah kau ni. Aku dah bagitahu dalam kereta tadi kan? Otak kau kat mana masa tu? Ingat kat Bernardlah tu. Fikir macam mana nak bagi jawapan,” Ai Ling menjegilkan matanya.

Aku cepuk juga si Balqis ni. Kurang protein sungguh, getus Ai Ling.

“Mana ada. Aku kusyuk drive kot. Itu yang tak dengar. So, kau nak balik teruslah ni?”

“Tak. Nak pergi Tesco kejap. Kakak angkat aku nak datang rumah. Karang dia report kat umi aku tak jamu dia, habis aku kena bebel…”

“Eh, Qis. Dah lamalah tak jumpa umi you. Dia tak datang sini melawat you ke?”

Qalief hanya makan tanpa menghiraukan perbualan sahabat bertiga itu. Malas dia nak masuk campur. Bukan urusan dia pun. Lebih baik dia makan, kenyang juga perutnya.

“Buat masa sekarang ni, tak ada lagi berita umi nak datang. Lagi pun, umi kan sayang nak tinggalkan rumah dia tu. Nak keluar rumah pergi pekan pun, kena fikir dua tiga kali. Inikan, nak datang KL,” Bernard dan Ai Ling ketawa serentak.

Faham sangat dengan perangai Umi Sainah. Wanita itu memang payah ingin meninggalkan rumahnya. Jika Balqis terlalu rindukan uminya dan tiada masa untuk pulang ke kampung, barulah Umi Waheeda akan bertandang ke rumahnya. Jika tidak, kirim salam sajalah. Tunggu Balqis pulang, barulah boleh bertemu.

“Apa kata nanti kita balik kampung you? Bolehlah I makan masakan umi you, Qis. Rindu pulak nak makan masakan orang Kedah,” Balqis senyum sedikit.

Dia sendiri sudah merindui masakan Umi Waheeda.

“I tak boleh nak janjilah. Kita tengoklah nanti. You berdua ada kerja luar ke? Lunch time dah habis,” Serentak Bernard dan Qalief menilik jam tangan mereka.

Saling berpandangan sahabat itu.

“I keluar dengan bos kot. Apa nak risau?”

“Banyaklah kau punya bos. Dah, jom balik office. Bos besar nak masuk office petang ni. Jumpa lagi, girls,” Bernard tersengih. Cepat-cepat dia menyedut air sirap laicinya. Balqis dan Ai Ling hanya tersenyum.

Qalief sudah menghilang ke kaunter bayaran. Dia turut membayarkan makanan Balqis dan Ai Ling. Sempat dia memberi isyarat kepada Bernard agar mencuri bil gadis berdua itu. Niatnya hanya ingin membuat kebaikan. Harapnya Balqis dan Ai Ling tidak bersoal panjang.

“Bos I dah bayarkan untuk you berdua. So, chill. Dia nak tambah pahala. Kita orang pergi dulu. Darling, I call you later,” ujar Bernard sebelum bergerak ke kereta.

Qalief sudah menunggu di sisi BMW 5 series sedan miliknya. Nasib baiklah pejabatnya hanya berhampiran. Buatnya jauh. Mahunya dia terpaksa menahan telinga mendengar leteran ayahnya. Huish, tak sanggup. Boleh bernanah telinganya. Jika Tengku Muazzam sudah berleter, payah nak dihentikan. Mengalahkan mak-mak. Ibunya pun tidak membebel seperti ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience