BAB 3

Romance Completed 11273

Ku Ainur menghampiri anak sulungnya di ruang tamu kedua yang terletak di tingkat dua banglo milik Tengku Muazzam itu. Kusyuk sangat Qalief menghadap laptopnya. Hari minggu begini pun, masih bekerja ke? Ku Ainur menggelengkan kepala perlahan. Perangai anak dan bapa sebijik. Workaholic!

Bak kata orang… bapak borek, anak rintik. Untung sahaja anak kedua dan ketiganya tidak begitu. Mahu tension dia jika menghadap watak yang sama setiap hari. Boleh masuk wad sakit jiwa.

“Apa yang ibu dok menungkan tu? Tunggu ayah ke?”

Terkejut Ku Ainur dek ditegur tiba-tiba.

“Taklah. Saja ibu jenguk Qal. Cuti-cuti pun, ada kerja ke? Bawa-bawalah berehat nak oi. Stress ibu tengok Qal asyik kerja aje,” Qalief tergelak kecil.

Dihabiskan ayat terakhir. Kemudian, hasil kerjanya disimpan kemas. Pantas tangannya menutup computer ribanya. Tumpuan diberikan kepada si ibu.

“So, what’s up? Ibu macam ada benda nak bagitahu Qal. Apa dia?”

Qalief duduk di sebelah ibunya di sofa panjang berbentuk L.

“Ibu cakap ni Qal jangan marah ya. Bukan niat ibu nak mengungkit kisah lama. Tapi, I have to. Untuk kebaikan Qal. Beberapa hari lagi, Qal dah nak masuk tiga puluh dua tahun. Semua ibu di dunia ni pasti memikirkan hal yang sama apabila anak mereka masih membujang walaupun usia semakin senja. Lupakan Lanna, Qalief. She’s gone,” Qalief tersentak.

Sesungguhnya, dia langsung tidak menyangka Ku Ainur akan membangkitkan tentang dirinya. Ya, dia tahu, sepatutnya kini dia sudah beranak pinak. Adik-adiknya, Qairy dan Qalisha juga sudah mendirikan rumah tangga. Sebaliknya, dia? Masih membujang. Selama ini, Ku Ainur belum pernah mencampuri urusan hidupnya yang masih membujang. Tapi, hari ni?

“Maafkan Qal, ibu. Untuk melupakan Lanna, bukan mudah. I’ve tried. Once, I saw Fin, all the memories comes around. It was like, Lanna still with us. Ibu tak faham apa yang Qal rasa,” Ku Ainur mengusap belakang Qalief lembut.

“I know that, Qal. But, you have to be strong. Fin still young, she’s only four years old. She needs a complete family. Qal tahu apa yang Fin tanya ibu semalam?” Qalief menanti ayat seterusnya. “Mana mama Fin?”

Qalief terdiam.

“Dah empat tahun Lanna pergi. Tanggungjawab Qal pada Fin masih tergantung. Qal ingat lagi tak, apa janji Qal pada Lanna?” Qalief hanya mengangguk.

Masakan dia tidak ingat. Sering kali, perjanjian mereka sebelum Lanna pergi menghadap Ilahi, menerjah ke mindanya. Bukan dia tidak ingin mengotakan janji itu, cuma dia tidak sekuat seperti yang disangkakan. Dia juga punya kelemahan. Dan, kelemahannya adalah memberikan sebuah keluarga yang lengkap untuk Fin, Afinna Lee.

“Qal ingat, bu. Give me a time. I will make it come true. Doakan yang terbaik untuk Qal, ibu,” Ku Ainur memeluk anak terunanya erat.

Afinna yang baru jaga dari lena, terus naik ke riba Qalief. Tangan kirinya sibuk menenyeh mata manakala tangan kanan memegang erat teddy bear yang dihadiahkan oleh Lanna sebelum anak kecil itu lahir. Itulah hadiah pertama dan terakhir untuk Afinna dari Lanna. Qalief mengusap kepala anak itu perlahan. Anak kesayangan daddy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience