BAB 4

Romance Completed 11273

Balqis berjalan perlahan. Dia melihat senarai barangan yang diperlukan. Alang-alang dia bercuti, lebih baik dia membeli belah barangan dapur. Sudah banyak yang kehabisan. Walaupun dia tinggal berseorangan, tak semestinya dia tidak perlu makan. Sekurang-kurangnya, jika ada sanak saudara yang bertandang, ada juga makanan yang boleh dijamu.

“D, I want that,” rengek suara anak kecil.

Pandangan Balqis terarah kepada seorang kanak-kanak perempuan yang elok berdiri di dalam troli. Comel! Kanak-kanak itu menunjukkan snek di rak. Wajah itu kelihatan bersinar.

“No, sayang. You had enough snack. We just bought it, yesterday,” Kanak-kanak itu menghentak kaki tanda tidak berpuas hati.

“D, please…”

“Sometime, grab something to satisfy a little girl, is nice,” kata Balqis selamba.

“Eh, Balqis. What a surprise meeting?”

“Kebetulan, kan. Comel anak you,” puji Balqis sambil tersenyum kepada Afinna.

Membulat mata Afinna memandang Balqis. Ditayangkan sebaris gigi susunya yang putih itu. Bertambah comel kanak-kanak perempuan bertocang satu itu.

“Thank you. Dah tengok banyak kali, tak comel pulak,” Qalief sekadar bergurau. “Rajin you shopping, ya. Bukan you baru shopping ke?”

“Hah? Oh, itu hari just shopping barang-barang basah. Hari ni lebih kepada personal need. But, Mr. Qalief, I thought you’re bachelor. Melepaslah perempuan kat luar sana,” Qalief tergelak.

“Pandailah you. Apa salahnya I nak tambah cawangan. Banyak pahalanya tahu,” Balqis mencebik.

“Gatallah bapak you ni, little girl,” Dicuit pipi Afinna. Geram sungguh dia melihat pipi tembam itu.

“My name is Afinna Lee,” Suara comel Afinna memperkenalkan dirinya sendiri tanpa dipinta.

“Oh, sweet name. What should I call you, Afinna Lee?”

“Fin,” balas Afinna sambil tersengih.

Bila dipandang banyak kali, Afinna langsung tidak seiras Qalief. Wajah Afinna seperti Barbie doll. Macam anak orang putih. Rambut kanak-kanak itu saja, perang. Mungkin isteri Qalief adalah minah saleh. Maka, terhasillah baka mixed seperti Afinna Lee ini. Geram pula Balqis ingin mencubit pipi anak perempuan Qalief itu.

“You memang selalu shopping seorang ke? Tak ada yang temankan? Suami… boyfriend?”

“Sadly speaking, I don’t have any of it. Membeli belah seoranglah seronok. Tak perlukan banyak pendapat. Just grab what I want and that’s it. Senang kan?”

“Ya. At least, tak ada suara killer yang paksa you belikan snek yang tak sihat tu,” Tanpa Qalief sedar, Afinna selamat mencapai dua bungkus snek di rak. Bukan main susah lagi dia ingin mengambil snek itu mengenangkan ketinggiannya yang tak berapa nak tinggi itu.

“Apalah you ni. Belikan aje. Tapi, pantau dia punya portion. Selalu bawa pergi check up. Tak adalah, dia sakit,” nasihat Balqis.

“Thank you for the advice, Balqis. You pernah jaga budak-budak ke?”

“Twice a week, I melawat rumah asuhan keluarga I. Kat situ, macam-macam kerenah budak-budak I jumpa. Lebih aggresif dari Fin pun ada. Kadang-kadang, dia orang punya demand mengalahkan kucing yang mengiau mintak makan,” ujar Balqis.

Terasa senang pula berbual dengan Qalief walaupun ini adalah baru kali kedua mereka bertemu. Mungkin hal yang dibualkan masuk dengan jiwa keduanya kot.

“Oh, you ada experience rupanya. Senanglah bila you dah ada anak nanti. You dah tahu macam nak handle dia orang,” Balqis hanya tersenyum.

Harapnya, makbullah doa Qalief itu. Dapatlah dia merasa melayan kerenah anak-anaknya sendiri.

“Insha Allah, the day will come. Ala… mak, I dah lambatlah. I ada date dengan Ai Ling. Mahu kena cekik sebab lambat. Bye, Fin. See you again, cute girl. Jumpa lagi, Mr Qalief…”

“Okay, thank you again,” Balqis membalas dengan senyuman manisnya sebelum melangkah ke kaunter pembayaran.

“D, she’s so pretty,” Terangkat kening Qalief.

Dia turut bersetuju dengan Afinna. Balqis memang cantik. Imej bertudung yang dibawa gadis itu lebih menyerlahkan kecantikannya. Punya wajah cerah, hidung yang mancung dan mata yang mampu memukau mata jejaka yang memandangnya. Mata itu sentiasa bercahaya. Solekan yang nipis, amat sesuai dengan Balqis. Qalief cepat menyedarkan dirinya agar tidak menilai lebih jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience