BAB 4

Romance Completed 11384

“PERHATIAN! Kejap lagi kita akan masuk ke dalam hutan tu untuk game ‘treasure hunter’. Kat tangan saya ni ada beberapa keping kad kad berwarna. Saya nak kamu semua pilih warna pilihan masing-masing. Tolong jaga kad ni elok-elok macam kamu jaga nyawa kamu sendiri. Dalam perjalanan mencari harta karun ni, kita akan menempuh pelbagai cabaran dan rintangan. Berkemungkinan kad ni akan hilang atau rosak. Kad ni penting bila kita sampai kat last checkpoint sebab ni adalah mata yang akan dikira. Jadi saya mohon kerjasama semua untuk jaga kad ni dengan baik seperti mana keadaan yang kamu dapat.” Panjang lebar penerangan yang diberikan oleh Ijam yang tiba-tina muncul dalam kumpulan kami. Semua ahli tekun mendengar arahannya.

“Abang Ijam, bagi Tasya kad merah tu.” Jerit Tasya tiba-tiba. Teruja benar gadis itu. Ijam senyum memanjang. Geli hati melihat gelagat Tasya barangkali.

“Sabar ya Tasya? Nanti saya bagi.”

Ijam menghulurkan kad pelbagai warna kepadaku. Tanpa mengambil masa yang lama aku terus mencapai kad yang berwarna ungu. Ijam bergerak pula ke arah Tuah di sebelahku. Kad kuning menjadi pilihan hatinya. Oh…suka kuning rupanya!

“Ijam, aku rasa better kita gerak lepas Asar. Nanti takut tak sempat solat.” Ujar Tuah sementara Ijam sibuk mengagihkan kad di tangannya.

Ijam senyum mengejek. “Wah, sejak bila kau dah berubah ni? Alim semacam aja…” Ijam mengusik Tuah dengam senyum sinisnya. Aduh, salahkah Tuah berbuat baik? Sengallah Ijam ni! Sosial!

“Okay-lah, kita solat dulu ya? Saya bagi masa dalam 15 minit. Nanti tolong kumpul kat sini balik.” Ijam memberi arahan usai mengagihkan kad kepada kami semua.

“Az, awak ikut Najwa solat ya?jangan jalan sorang-sorang. Bahaya!” Sempat Tuah memberi pesanan sebelum dia meninggalkan aku. Timbul rasa terharu melihat peribadi Tuah.

“Az, jomlah sembahyang sama.” Najwa menyentuh lenganku. Dia memandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Segera aku merentap lenganku dari pengangannya. Bagaikan tidak rela disentuh oleh Najwa. Bukannya aku tidak tahu gadis itu tidak sukakan aku. Jadi tidak perlulah hipokrit denganku.

“Korang pergilah! Jangan menyibuk hal aku!” Segera aku bangun dari tempat aku tadi, menghampiri Aida dan Umi. Aku sempat menghadiahkan jelingan tajam pada Najwa.

KAMI tiba di tapak perkhemahan ketika matahari hampir tenggelam. Dek kerana penat,semua peserta duduk melepak di tapak utama perhimpunan diadakan. Aku tidak ketinggalan. Terlupa terus akan hakikat aku belum menunaikan solat Asar.

“Az dahaga? Minum air Tuah ni.” Tuah menghulurkan air mineral yang dibawa sepanjang perjalanan. Tanpa berfikir panjang, aku lantas menyambut botol yang dihulurkan dan meneguk minuman dengan rakus. Perlakuanku terhenti apabila mata Najwa dan Sabariah tepat menghala mukaku. Kenapalah dengan minah dua bijik ni??

“Kenapa Az?” Tanya Tuah prihatin. Aku memandang Tuah. Wajahnya cerah dan licin tanpa sebarang noda. Senyuman yang sentiasa menghiasi bibir menambahkan seri yang ada. Sungguh manis dan kacak. Adakah sebab itu Najwa dan Sabariah merenung tajam padaku? Mereka cemburu kerana jejaka idaman Malaya rapat denganku? Aku senyum mengejek memandang mereka. Senyumanku melebar bila tangan Tuah membelai helaian rambutku.

“Kenapa Az tak ikat rambut? Az tak rimas eh?” Tanya Tuah. Rambut yang menutupi dahiku dikuaknya perlahan. Gerakan jemarinya perlahan membuai perasaan. Renungan sepasang matanya membuatkan aku tersenyum malu.

“Mati kita Hang Tuah!” Ijam tiba-tiba muncul mematikan gerakan Tuah. Dia mengahalakan pandangan pada wajah Ijam yang cemas.

“Kenapa dengan kau ni, Ijam?” Tuah membetulkan duduknya. Menghadap Ijam yang keresahan.

Aku diam memerhatikan perbualan Tuah dan Ijam. Pengerusi dan naib pengerusi. Namun, naib pengerusi BaRe lebih matang daripada pengerusinya. Dia lebih berkaliber berbanding Ijam. Malas mahu mendengar perbualan mereka, aku bergerak ke khemahku untuk membersihkan diri.

SEBELUM berangkat pulang kami diminta untuk mengemaskan tapak perkhemahan. Sepanjang proses itu, aku langsung tidak dibenarkan menyentuh apa-apa kerana Tuah menolong kerjaku. Aku rasakan seperti seorang puteri pula.

“ Az okay?” Soal Tuah dengan senyuman manisnya. Aku hanya mengangguk seraya menarik senyum. Anak mata membalas renungan redup matanya.

“Mari, biar Tuah bawakan beg Az.” Tanpa menunggu kebenaranku, Tuah terus mengambil beg pakaian dari tanganku. Dia melangkah ke arah bas yang sedia menanti. Aku sekadar mengekori langkah Tuah.

“Az!” belum sempat aku menaikki bas, Aida dan Umi menarikku kuat. Dibawanya tubuhku agak jauh dari bas.

“Aku tengok kau rapat semacam dengan Tuah. Ada apa-apa yang kami tak tahu ke?” Aida menyoal dengan nada tidak puas hati. Umi mengangguk laju.

Senyuman nakal terukir di bibir. “Tak ada tapi bakal ada.” Ujarku sebelum berpusing meninggalkan teman berdua itu dengan seribu tanda tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience