BAB 3

Romance Completed 11384

KEADAAN di kawasan kem begitu nyaman dan tenang sahaja. Hatiku sahaja yang resah gelisah menghadapi situasi sekarang. Memanglah tidak tenang jika aku terpisah jauh dari Umi dan Aida. Masing-masing duduk dalam kumpulan yang berbeza. Aida lebih beruntung apabila fasilitator kumpulannya adalah Cikgu Wafi kesayangannya. Umi bermasam muka. Aku pula boleh dikategorikan sebagai malang apabila ditempatkan sekumpulan dengan Tuah. Semenjak hari aku menerima nota pendek darinya, aku langsung tidak berkomunikasi dengannya. Rasa malu yang tebal menghalang aku untuk berbual dengannya.

Lebih seksa lagi apabila terdapat dua orang pelajar perempuan bertudung labuh dan alim di dalam kumpulanku. Bermakna aku perlu menjaga tingkah laku di hadapan Tuah dan mereka berdua! Nak balik!

“Eh, kenapa ni Az? Berpeluh-peluh muka tu.” Tuah bangun mengeluarkan sapu tangan kecil dari poket belakang seluarnya lalu diberikan kepadaku. Dia kembali duduk di sisiku. Lebih rapat berbanding tadi. Aku perasan renungan tajam pelajar alim itu namun aku buat-buat tidak Nampak. Kalau cemburu ru cakap ajalah!

“Az takut eh? Jangan takut, Tuah ada.”

Demi mendengar ayatnya, anak mataku tertumpu pada laman wajah Tuah yang bersih. Rasa tidak selesa yang terkepung tadi bagaikan hilang melayang entah ke mana. Diganti pula dengan rasa terharu. Menyesal pula aku melarikan diri darinya sebelum ini. Kata orang kalau lelaki itu menegut seseorang perempuan agar menjadi lebih baik, itu bermakna lelaki itu menyayangi perempuan yang ditegurnya. Adakah??

“Ehem, sorry lambat. Saya ni fasi korang. Kalau ada apa-apa masalah cakap aja dengan saya ya? Okay, boleh tak korang semua buat satu bulatan? Kita berkenalan lebih rapat lagi. Boleh, Hang Tuah?” Ijam mengambil tempat di sebelah kiriku. Aku berganjak sedikit memberi ruang kepadanya membuatkan bahuku bersentuhan dengan bahu Tuah.

“Errr…boleh tak awak bagi saya duduk sebelah Tuah? Senang sikit saya nak cakap dengan Tuah.” Aku memandang tajam anak mata Ijam yang sedang memandangku. Suka hati akulah nak duduk mana pun! Yang kau sibuk kenapa? Nak duduk sebelah Tuah pun tak boleh! Dalam terpakasa aku bangun jua melabuhkan punggung di sebelah ustazah alim yang merenung tajam ke arahku. Dek kerana geram sempat jua aku melibas wajah Ijam dengan rambutku yang sengaja dilepaskan. Padan muka!

Dalam masa 15 minit, kami saling berkenalan antara satu sama lain. Ahli kami terdiri daripada tujuh perempuan dan tiga lelaki termasuk Ijam. Dua ustazah memperkenalkan diri sebagai Sabariah dan Najwa. Hahaha! Nama kuno! Dan perhatian yang lebih kuberikan pada Tuah.

“Hai, nama saya Tuah Zikri bin Halim. Boleh panggil Tuah aja.” Senyuman manis memekar di bibir Tuah menghantar rasa senang di hatiku. Baru aku sedari, Tuah memang gemar senyum. Senyumkan awet muda? Heheh…

“Cik adik, tolong perkenalkan diri. Jangan pandang Tuah macam nak telan pulak.” Ijam memerli. Sekali lagi aku menghadiahkan jelingan tajam pada Ijam. Sengaja ingin memalukan aku di hadapan orang lain. Hatiku diterpa malu tatkala Tuah tergelak memandangku.

“Hmmm…nama aku Azra Aryana. Korang boleh panggil aku Az je.”

Ijam mengangguk manakala Tuah mengangkat ibu jari tangan kanannya. Siap mengenyit mata lagi. Nakal sungguh. Aku tersenyum melihat telatah comel Tuah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience