BAB 6

Romance Completed 11387

PELANGGAN yang ramai membuatkan Saiful dan Syila tidak menang tangan. Jika hujung minggu seperti ini, memang ramai pengunjung yang datang ke kafe. Alhamdulillah, rezeki pemberian Allah. Aku setia menanti di kaunter pembayaran.

“Assalamualaikum Az…” aku mengangkat wajah sambil menjawab salam. Di hadapanku berdiri seorang wanita anggun berjubah dan berjilbab labuh. Wajahnya manis dengan senyuman menghiasi bibir. Lama aku mengamati wajahnya. Sungguh aku lupa! Aku tidak mengingatinya.

“Ini sayalah Az. Nur Najwa bt Najmi.” Ujarnya lembut. Dia tertawa kecil.

“Maaf?” sungguh aku lupa. Muka orang pun susah nak ingat apatah lagi nak ingat muka orang.

Wanita itu tertawa lagi. Siap menggeleng-gelengkan kepalanya. “Saya Najwa. Budak kelab BaRe?”

“Astaghfirullah…Najwa!” aku segera bangun memeluk tubuh kecil molek Najwa. Dia membalas pelukanku.

Senyuman merekah di bibir nipis Najwa apabila aku meletakkan minuman dan kek di atas meja. Ucapan terima kasihnya kubalas dengan anggukan. Aku melabuhkan duduk bertentangan dengannya.

“Alhamdulillah, Az dah banyak berubah.” Komen Najwa. Aku tersenyum malu.

“Az lebih cantik bila bertudung macam ni.”

“Eh, tak adalah. Az biasa-biasa aja. Najwa tu apa kurangnya.”

Najwa tertawa halus. “Hmmm…Az pergi tak reunion BaRe tu?”

Aku memandang Najwa dengan senyuman. “Tak tahu lagi. Najwa pergi ke?”

“Insya Allah. Jomlah kita pergi. Az pergi dengan Najwa ya?”

Aku termangu.

PENUTUP kotak berwarna ungu kubuka perlahan. Beberapa keping nota kecil berwarna ungu kubaca satu persatu.

Please never skip a prayer. There’s millions in their graves wishing to come back to life to prostrate to Allah one more time.

p/s: sembahyang tu tiang agama…

-TZH-

Ini merupakan nota kedua yang kuperoleh selepas pulang dari Kem Jati Diri BaRe. Nota berunsur nasihat dari Tuah. Tak lama selepas itu, nota ketiga pula menyusul.

Kekayaan bukanlah suatu dosa dan kecantikan bukanlah suatu kesalahan. Oleh itu, jika anda memilikki keduanya, janganlah anda lupa pada yang maha berkuasa.

-TZH-

Segala sesuatu ditentukan oleh niatnya, jika niat kita baik, hidup kita akan baik, mungkin tak segera tetapi pasti…

-TZH-

Ini pula nota terakhir yang aku terima sebelum menamatkan zaman persekolahan. Tuah memang gemar mengutuskan nota-nota kecil yang mampu menghadirkan perasaan aneh dalam diri. Perasaan yang terlalu sulit untuk kuluah dan ceritakan. Air hangat bertakung di kolam mata apabila aku membaca nota yang seterusnya.

Pesan pada diri, tabahkanlah hati kuatkan semangat…

Pesan pada hati, kukuhkan iman banyakkan zikrullah…

Pesan pada naluri, jangan mengeluh jangan kecewa…

Teruskan perjuangan hingga ke akhirnya…

-TZH-

Nota ini hadir seminggu setelah aku kehilangan ibu dan abah akibat kemalangan jalan raya. Sedih? Tak usah cakaplah! Sedikit sebanyak nota yang dikirimkan oleh Tuah ini menyuntik semangat untuk bangkit kembali. Alhamdulillah, dari situ aku mula menjumpai satu cahaya yang membawa aku kembali ke pangkal jalan. Rasa terharu singgah di hati apabila kubaca nota seterusnya.

I asked Allah to bless you, as I prayed for you today, to guide you and protect you, as you go along your way…

-TZH-

Cincin platinum yang tersarung pada jari manis tangan kiri kubelek penuh minat. Adakah Zaril ini yang Allah hantarkan untukku? Adakah Zaril nama yang dituliskan untuk menjadi pasanganku? Jika ya, kau dekatkanlah hatiku pada hatinya. Campakkanlah rasa kasihku untuknya di dalam hatiku. Amin.

Bayangan Tuah muncul di benak mematikan pergerakkan jemariku. Apakah maksud Tuah menitipkan nota-nota ringkas dan padat ini padaku? Bait katanya begitu bermakna untuk dihayati. Dia mengetahui segala yang terjadi kepadaku. Malah, aku berpindah dari Pahang ke Kuala Lumpur pun dia tahu. Padahal hubunganku terputus dengan kawan-kawan sebaik sahaja aku meninggalkan alam persekolahan termasuklah dengan Umi dan Aida. Teruk? Memang! Masing-masing menghilangkan diri tanpa bertukar-tukar berita. Tetapi, Tuah tetap rajin mengutuskan notanya kepadaku. Perlahan-lahan mampir rasa terharu di dalam hati. Adakah Tuah menyimpan perasaan terhadapku seperti mana yang diberitahu oleh Umi dan Aida dahulu?

Astaghfirullah…aku segera beristighfar apabila teringatkan status diri kini telah menjadi tunangan orang. Tunangan siapa? Zaril? Hemmm…lelaki yang tidak pernah kukenali. Namun aku tetap redha dengan takdir yang telah tertulis untukku. Insya ALLAH…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience