BAB 8

Romance Completed 11384

Adakah dalam masa dua minggu ini, Tuah telah menyimpang dari pegangannya. Tidak mungkin! Hanya ada satu kemungkinan yang mungkin berlaku. Bukan Tuah yang mengirimkan nota-nota tersebut tetapi orang lain. Orang lain? Siapa?

Lampu dewan dimatikan. Hanya lampu dipentas utama yang dibiarkan menyala. Kedudukan mejaku yang hampir dengan pentas memudahkan aku memerhatikan situasi yang berlaku di atas pentas. Seorang lelaki segak berjalan di atas menghampiri pembesar suara. Tepukan bergema sebaik sahaja pemuda itu bersuara.

“Assalamualaikum dan selamat petang semua. Selamat datang ke majlis reunion Kelab Bakti Remaja 2006. Firstly, kita ucapkan jutaan terima kasih kepada ketua projek yang sanggup bersusah payah buat majlis ni. Yelah, bukan senang nak kumpulkan kita semua ni… terima kasih jugak pada hadirin-hadirin yang sanggup datang walaupun dari jauh.”

Sekali lagi tepukan gemuruh bergema. Kali ini aku turut bertepuk tangan. Aku mengamati wajah pengerusi majlis. Benakku kuat mengatakan aku mengenali lelaki tersebut namun ingat-ingat lupa. Memang inilah kelemahanku. Sukar untuk mengingat muka orang apatah lagi nama orang.

“Kau makin handsome-lah Badrol!” jerit salah seorang hadirin. Nakal.

“Oh, memang aku tahu tu.” Badrol menjawab pantas. Kami tergelak melihat reaksi bersahaja Badrol. Badrol? Oh, inilah Badrol, pembantu merangkap sahabat baik Ijam. Aku turut mengakui hakikat Badrol lebih tampan berbanding dahulu. Wajahnya cerah dan rambut pula sengaja dipacakkan.

“Aku rasa kita tak payahlah nak formal sangat kan? Santai-santai aja. Susahlah kalau asyik nak formal aja. Kat office formal, kat sini pun formal.” Badrol membebel. Aku suka melihat gaya dan memek mukanya. Comel! Hehe…

“Az, jangan tenung sangat si Bad tu. Ingatlah tunang tersayang…” Najwa menegur kelakuanku membuat aku tersipu malu. Pendangan kembali diarahkan pada Badrol.

“Sebelum tu, kita persilakan dahulu barisan ajk projek reunion kita ni masuk ke dalam dewan. Dah lama diorang kat luar tu. Saja aja nak bagi diorang berdiri kat luar tu lama sikit. Persilakan masuk.” Kami bertepuk sakan mendengar pengumuman Badrol. Ada juga yang membuat siulan-siulan nakal. Pandangan kami beralih pula pada barisan yang diarak masuk ke dalam dewan dan mereka berlabuh duduk di meja hadapan yang sedang aku duduki.

Anak mataku tertumpu pada sesusuk tubuh yang duduk bertentangan denganku. Pakaiannya kemas biarpun agak santai dengan t-shirt Polo berwarna merah dan jeans hitam. Lelaki tadi! Lelaki yang merempuhku ketika di surau tadi! Kuamati wajahnya. Wajahnya…dap! Aku tergamam apabila bola mata kami bertemu. Jantungku berdegup laju tiba-tiba. Terasa seperti sukar sekali untuk bernafas. Aku kalut sendiri. Dia menarik senyuman manis menyebabkan jantungku bagai ingin tercabut keluar dari badan. Aduh!

Suara Tengku Nadira merengek memaksa aku melarikan pandangan daripada terus menentang pandangan pemuda di meja VVIP itu. Tengku Nadira merengek agar Najwa melepaskannya. Anak itu hanya akan duduk mendiamkan diri di atas pangkuan mama atau papanya apabila ada orang asing di sekitarnya. Dengan aku sendiri dia tetap mengunci bicara. Timbul tanda tanya pula melihat Tengku Nadira tiba-tiba sahaja merengek minta dilepaskan.

“Lepaskan aja sayang. Kesian anak papa ni ya?” Tengku Raziq membelai kepala puteri tunggalnya. Najwa melepaskan anak mereka dari dakapannya membiarkan Tengku Nadira berjalan-jalan di sekitarnya.

“Okay, kita teruskan majlis dengan ucapan dari ketua projek reunion ni. Dipersilakan Tengku Zaril Hasnizam untuk naik ke pentas. Untuk pengetahuan semua, Ijam ni bekas presiden kelab kita suatu ketika dulu. Ijam, cepatlah naik ke pentas ni. Lambatlah kau ni!” Bicara Badrol menarik perhatianku. Pendengaranku lebih tertarik dengan perkataan ‘Zaril Hasnizam’ yang disebutnya. Pemuda yang duduk di meja VVIP bertentangan denganku tadi segera bingkas melangkah ke arah pentas utama. Namun langkahnya terhenti apabila Tengku Nadira memaut kakinya. Hadirin tertawa melihat adegan yang berlaku. Mereka bertepuk tangan apabila Tengku Zaril mendukung Tengku Nadira naik ke pentas bersamanya.

Aku? Sudah pasti sedang kebingungan! Otakku ligat berputar mencari segala perkaitan dengan apa yang terbentang di depan mata. Tengku Zaril Hasnizam? Ijam? Adakah lelaki itu Ijam, pengerusi Kelab BaRe yang tidak layak itu? Zaril Hasnizam? Tunanganku? Teman sekolahku? Diakah? TZH…Tengku Zaril Hasnizam?!!!! Mataku membulat memandang lelaki yang berdiri di sisi Badrol itu. Memang jelas dan nyata aku terkejut!!!

“Weh, Ijam! Bila masa kau kahwin hah?! Tahu-tahu anak dah besar!” jerit salah seorang hadirin. Suasana gamat seketika dengan tawa para hadirin sedangkan hati aku sudah tidak keruan. Benarkah Tengku Zaril Hasnizam itu tunanganku??

Tengku Zaril menyembut pembesar suara yang dihulurkan Badrol. Dia tersenyum. “Hisy, aku tak kahwin lagilah tapi insya Allah dua bulan lagi. Sabar. Ni bukan anak aku tapi anak sepupu aku. Anak Tengku Nur Najwa.” Tengku Zaril menala pandangan pada Najwa. Aku buat-buat tidak tahu walaupun dalam hati bagaikan ada taufan yang melanda. Aku memandang Najwa dan Tengku Raziq. Mengharapkan penjelasan yang boleh menghurai tanda tanya di dalam kepala. Mereka hanya tersenyum. Oh, inilah sepupu Najwa tu???

“Kau nak kahwin tak bagitau aku. Mana future wife kau? Nak tengok sikit.” Badrol memanjangkan leher cuba mencari bakal isteri Tengku Zaril. Tengku Zaril hanya tertawa. Amboi, senang hati? Aku ni? Macam orang bodoh aja!

Jantungku berhenti berdegup laju saat berbalas pandang dengan Tengku Zaril. Untuk beberapa saat, masing-masing bagai terpaku. Bagi menghilangkan gemuruh yang tiba-tiba hadir, aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Boleh pengsan kat sini kalau aku terus membalas pandangannya.

“Dia ni pemalu. Nantilah aku kenalkan.” Tengku Zaril tertawa kecil.

“Mengadalah kau ni Ijam. Cepatlah bagi ucapan.” Badrol membebel.

Tengku Zaril senyum dan mengangguk. Dia memulakan ucapannya. Aku tidak dapat menangkap butir bicara yang disampaikan kerana sibuk memerhatikan diri lelaki itu. Ternyata kulihat dia sangat berbeza dengan dirinya yang dulu. Wajahnya lebih cerah, lebih bersih dan tenang. Senyuman tidak lekang dari bibir. Dan apa yang pasti, wajahnya kulihat bagaikan berseri dan ada cahaya yang membuatkan anak amat tidak jemu untuk memandangnya. Aku segera melarikan pandangan apabila sedar dia menala anak mata padaku.

“Jemputlah datang ke majlis kahwin aku hujung bulan depan. Nanti aku poskan kad ke rumah masing-masing.” Usai mengucapkan itu, Tengku Zaril memimpin tangan Tengku Nadira menuruni pentas. Jantung berdegup pantas apabila Tengku Zaril menghampiri meja kami. Aku berpura-pura memandang ke tempat lain biarpun sedar ada mata yang mencuri pandang.

“Para hadirin sekalian dijemput menjamu selera. Sementara kami sediakan persembahan halwa telinga korang semua dari band terkenal, Sixth Sense!” tepukan gemuruh menyambut kata-kata Badrol. Kami mula menikmati makanan yang terhidang di atas meja.

“Dia dah lama suka Az. Az aja yang tak perasan. Masa tu dia asyik fikir yang Az couple dengan Tuah. Lepas habis sekolah dia ingat dia mampu lupakan Az tapi tak. Perasaan dia tetap sama pada Az. Sebelum Tuah berangkat ke London, Zaril ada jumpa dengan Tuah tanya fasal Az. Bila dia dapat tahu yang korang tak ada apa-apa hubungan, dia mula mencari Az. Dia cari rumah Az.” Aku memandang Najwa bila wanita itu bersuara tanpa diminta. Tika itu Tengku Raziq membawa Tengku Nadira berbual dengan Tengku Zaril di meja lain. Minda cuba mencerna makna yang cuba disampaikan oleh Najwa.

“Najwa kagum bila Zaril turut menanggung kesakitan yang sama bila Az dah tak ada ibu bapa. Dia nak sangat pergi jumpa Az, temankan Az tapi takut. Dia takut Az tak ditakdirkan untuknya. Dia takut kecewa. Dia tumpang gembira bila Az dah mampu teruskan hidup Az dengan baik di bawah jagaan ibu bapa saudara Az. Sekurang-kurangnya Az tak hanyut dengan dunia yang palsu ni. Dia bangga bila Az berjaya capai cita-cita Az nak jadi pemilik sebuah kafe hasil titik peluh Az sendiri. Mak Long yang bagi dorongan pada Zaril supaya hantar rombongan meminang Az. Dia tak nak tengok Zaril hanya memuja bayang. Alhamdulillah, niat murni Zaril diterima baik oleh Az. Zaril gembira sangat. Najwa pun gembira tengok Zaril sekarang. Dia dah banyak berubah. Tak sangka pulak yang cinta mampu mengubah diri Zaril jadi lebih baik.” Aku terpempan mendengar cerita Najwa. Air hangat bertakung di kolam mata. Bukan kerana sedih tetapi kerana terharu. Terharu dengan kesungguhan Tengku Zaril. Tidak sedar rupanya ada insan yang mengasihiku dalam diam.

“Zaril yang minta Najwa bawa Az datang sini. Dia bimbang Az drive sendiri. Takut jadi apa-apa pada Az. Yelah, orang sayangkan tunang…” Najwa meleretkan suaranya. Kemudian dia melepaskan tawa perlahan. Aku tersenyum malu. Dalam diam aku menghalakan pandangan pada Tengku Zaril, tunang tidak sengajaku itu. Heheh… lelaki itu tenang sedang berbual dengan Tengku Raziq. Tanpa kuduga, hadir rasa syukur dengan kurniaan dari Allah. Memang aku tidak sangka dengan keindahan yang dibentangkan dalam kehidupanku ini. Benarlah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

“Assalamualaikum dan selamat petang. Apa yang saya nak sampaikan ni, khas untuk tunang saya insya Allah akan jadi isteri yang sah dua bulan lagi. Harap sabar menanti saat tu.” Aku kaget melihat Tengku Zaril sudah berada di atas pentas utama dengan memegang pembesar suara. Aku tertunduk malu bila ada teman-teman yang mengusik biarpun mereka tidak mengetahui siapakah gerangan tunangan Tengku Zaril.

“Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu…TZH…” ucap Tengku Zaril perlahan membuat seisi dewan terdiam. Menghayati kata-katanya barangkali. Aku pula mengetap bibir. Bunyi melodi perlahan yang tiba-tiba bergema menghanyutkan perasaanku.

Kupendamkan perasaan ini,

Kurahsiakan rasa hati ini,

Melindungi kasih yang berputik,

tersembunyi di dasar hati…

kupohonkan petunjuk Ilahi,

hadirkanlah insan yang sejati,

menemani kesepian ini,

mendamaikan sekeping hati…

oh Tuhanku,

berikanlah ketenangan abadi,

untukku menghadapi resahnya hati ini,

mendambakan kasih,

insan yang kusayang…

di hati ini hanya Tuhan yang tahu,

di hati ini aku rindu padamu,

tulus sanubari menantikan hadirmu,

hanyalah kau gadis pilihanku…

kerana batasan adat dan syariat,

menguji kekuatan keteguhan iman,

insan yang berkasih…

Usai menghabiskan lagunya, Tengku Zaril mengucapkan terima kasih. Sekali lagi tepukan gemuruh bergema di dalam dewan. aku pula hanya terkaku diterjah pelbagai rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience