BAB 9

Romance Completed 11384

AKU menghampiri sebuah meja yang diduduki beberapa orang insan. Mereka galak ketawa tanpa menyedari kehadiranku. Aku menyentuh bahu salah seorang wanita yang sibuk melayani kerenah anak kecilnya.

“Aida?”

Mendengar namanya disebut, Aida segera berpusing memandangku. Dia tergamam seketika.

“Az? Azra Aryana?” aku mengangguk laju. Dia terjerit kecil. Sempat lagi dia menyerahkan anak kecil dalam pangkuan pada lelaki di sebelahnya sebelum bertindak memelukku erat. Aku membalas dakapannya.

“Az, aku rindu kau!” Ujar Aida teruja. Dia mengajak aku duduk di sebelahnya.

“Aku pun rindu kau Aida.” Memang dari tadi aku mencari-cari kelibatnya. Nasib baiklah Aida tidak terlalu jauh perubahannya. Jika tidak, sukarlah aku untuk mencarinya. Aku mencuri pandang pada lelaki segak di sebelah Aida. Tenang sahaja lelaki itu melayani kerenah anak kecil di ribaannya. Eh??

“Cikgu Wafi?” Aku bersuara tanpa sedar. Riak wajah jelas terkejut. Kulihat Aida tersenyum penuh makna. Cikgu Wafi memandangku.

“Eh, Azra! Bila kamu sampai ni? Tak perasan pulak.” Cikgu Wafi menarik senyuman manis. Aku membalas seadanya. Aku menyiku lengan Aida meminta penjelasan.

“Ni lah orang kata jodoh.” Aida berbisik perlahan di telingaku. Aku mengangguk faham.

“Umi? Tak frust ke?” bukan aku tidak tahu dahulu mereka saling berebutkan guru muda itu. Bagaimana Umi boleh merelakan dengan senang hati?

“Umi sekarang dah ada kat Australia. Dia kahwin dengan orang sana. Dia sampaikan salam rindu pada kau.”

Aku menjawab salam dalam hati. Mengucap syukur tidak terhingga melihat kebahagiaan teman-teman. Dan aku mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan.

“Kau pulak macam mana sekarang?” Aida bertanya soalan cepu emas. Belum sempat aku menjawab, perhatianku terganggu dengan kehadiran Tengku Zaril berjabat tangan, mesra dengan Cikgu Wafi. Mereka saling bertanya khabar.

“Mana future wife kamu? Tak kan tak nak kenalkan pada cikgu?” tanya Cikgu Wafi membuatkan Tengku Zaril mengalihkan pandangan padaku. Dia bagaikan meminta kebenaran daripadaku. Aku hanya mengangguk dengan senyuman nipis.

“Perkenalkan bakal isteri saya cikgu, Azra Aryana.” Tengku Zaril menghalakan telunjuknya ke arahku. Aku hanya tersenyum bila mata Cikgu Wafi dan Aida singgah di laman wajahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience