BAB 3

Romance Completed 10947

Aku hanya memandang Zetty dari jauh. Melihat dress yang tidak kemas digantung, aku mengemaskannya semula.

Disusun mengikut warna yang sama. Usai mengemas aku menuju ke meja yang berselerak dengan majalah. Dikemas dan disusun dengan rapi. Melihat semuanya kemas. Aku merasa puas hati dengan hari pertamaku.

Tiba-tiba daun pintu butik dikuak dari luar. Melihat wanita jelita itu tersenyum manis memandangku. Aku turut membalas senyuman itu sambil menghampirinya. Tiba-tiba, senyumanku mati apabila ternampak seorang lelaki sepersis model di sisi wanita jelita itu. Pasti kekasihnya! Tekaan aku dalam hati.

“Disini ada jual blouse cantik-cantik tak?” soal wanita jelita kepadaku.

“Ada, disini banyak yang cik boleh pilih. Warnanya yang menarik, kainnya yang lembut yang boleh selesakan si pemakai. Mari sini, ikut saya” terangku panjang berjela. Amboi! Dah macam jurucakaplah pulak.

“Wah!!! Cantiknya… sayang, you tengok. Cantikkan?” soal wanita jelita itu dengan manja kepada lelaki yang masih diam dari tadi.

Bisu ke mamat ni? harap je muka hensem. Tapi, bisu. kutukku dalam hati sambil memandang wajah ‘mamat bisu’ di sisi teman wanitanya.

“Hm, bolehlah.” jawab lelaki itu acuh tak acuh. Sesekali dia memandang wajahku.

Mencerlung biji mataku mendengar kata-katanya. Bolehlah? Eii, buta ke apa mamat ni? kainnya punya lembut, warnanya punya cantik. Dia boleh kata ‘bolehlah’. Sah! Taste mamat ni memang teruk. Aku memberi jelingan ‘maut’ kepadanya. Tapi, yang aku tak sangka, dia juga menjeling kepadaku. Amboi! Nak lawan menjeling dengan aku ke? hmm, tak boleh jadi ni. gumam aku tak puas hati.

“Cantiklah sayang… I nak beli lima helailah.” ujar wanita jelita itu dengan rengekan manja.

Mak aii!!! Lima helai? Tertelan air liur aku dibuatnya. Harga baju ni sudahlah dua ratus ringgit sepasang. Nak beli lima pasang?!! Alamat botaklah mamat depan aku ni. lagipun, apa yang aku nak kisah? Lantaklah nak botak kepala ke, botak kepala lutut ke. Asalkan duit masuk! Ye, ye, cik! Beli lagi. Jangan tak beli. Kalau boleh belilah semua baju dalam butik ni ataupun beli dengan butik-butik ni sekali. Sempat lagi aku memerli dalam hati sambil memandang lelaki yang masih berlagak cool itu.

“Hm, dik tolong ambil blouse macam ni tapi lain-lain pattern, lain-lain warna. Yang penting kainnya lembut.Yang cantik-cantik tau. Saya nak pergi ke sana sekejap.” arah wanita jelita itu dengan senyuman tak lekang dari bibir lalu meraih lembut lengan lelaki itu meninggalkannya.

Ternganga mulutku dibuatnya. Adoi!!! Bab nak memilih ni yang lemah ni. Aku cuba membelek-belek blouse yang bergantung itu. Mencari blouse yang mempunyai yang ciri-ciri yang diminta.

“Wah!!! Cantiklah. Thank you sebab tolong pilih. Saya tahu awak boleh pilih yang terbaik untuk saya.” puji melambung wanita jelita itu kepadaku.

Aku hanya tersenyum. Bangga sekejap. Hehehe… Tetapi, pada masa yang sama, aku sakit hati melihat wajah lelaki itu.

“Cantik ke? tak pun…” sindir lelaki itu dengan wajah dikelatkan.

Mamat ni memang tak sayang mulut ke? atau tak bayar insurans lagi? Kang, ada juga mulut senget kat sini. marah aku dalam hati.

“Of courselah cantik, dear…” ujar wanita jelita itu.

“Confirm cik nak ambil ni?” soalku meminta kepastian lagi.

“Confirm.” jawab wanita itu tersenyum.

Aku bergegas menuju ke kaunter bayaran. Lalu aku menyerahkan blouse itu kepada kak Zetty. Tugas aku selesai. Akhirnya, berjaya juga aku melayan pelanggan yang tak banyak kerenahnya walaupun mamat tu amat menjengkelkan. Tapi hensem jugak ye mamat tu. Bentuk wajahnya sebujur sirih. Keningnya lebat. Yang paling penting bulu matanya lentik. Ya, Allah… cantiknya. Aku terpikat dengannya. Datang sudah penyakit berangannya itu. Sudah-sudahlah Athirah oii!!! *********** “Tidak!!!” Aku menjerit dengan sekuat hati.

“Kenapa tidak? Apa salah saya pada awak?” soal lelaki itu kepadaku sambil menghampiriku.

“Aku tak percaya kau kata kat aku macam tu. Kau nak apa dari aku? Aku tahu, aku kuat berangan. Tapi janganlah buat aku macam ni.” aku cuba merayu-rayu meraih simpati.

“Kuat berangan? Kau berangankan aku kan? Kau berangan nak kahwin dengan aku kan?” soal lelaki itu lagi. Kali ini dia cuba mendapatkan aku pula.

Aku menggeleng laju. Aku tidak tahu di mana aku sekarang. Tempat ini terlalu asing bagi aku. Dengan pantas aku berlari daripadanya.

“Awak nak pergi mana? Kalau awak nak lari pun, awak tak boleh lari daripada saya punya.” lelaki itu mula ketawa dengan berdekah- dekah. Hahaha!!!

“Awak jangan cuba nak apa-apakan saya. Saya ada tali pinggang hitam tahu tak!” aku cuba mengugut sambil langkah mengundur ke belakang. Mataku sempat memerhati tempat ini. Gelap! Cuma ada cahaya yang menembusi pada lubang-lubang kecil sahaja.

“Tak pe. Saya ada tali pinggang oren.” sempat lagi lelaki ini membuat lawak. Ada ke tali pinggang oren? Merepek aje! Melihat lelaki itu cuba merapatiku, aku pantas berlari ke mana pun aku tidak tahu. Yang pasti, lelaki itu mengejarku.

“Tidak!!!!” aku menjerit dengan suara yang lantang.

Aween yang berada di tepiku terpisat-pisat dibuatnya dan mendengar jeritanku lantas menghampiriku.

“Woi!!! Kenapa ni?” Aween cuba menggerak-gerakkan tubuhku apabila melihat aku masih mengigau.

“Tidak!!! Aku tak mahu…”aku masih mengigau lagi.

“Tak mahu apa pulak minah ni? woi!!! Bangunlah.” Aween menggoyang-goyangkan tubuhku lagi. Menyusahkan aku betullah minah ni!!! rungut Aween sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Jangan dekat dengan aku! Aku tak suka kau. Kau bukan jejaka idaman aku!” aku menjerit lagi. Kesian Aween kan? Terpaksa melayan karenahku.

“La, minah ni mengingau rupanya. Jejaka idaman lagi. Eii, tak habis-habis! Tunggu kejap ye, wahai tuan puteri.” bebel Aween seorang diri lantas lompat dari katil untuk menuju ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience