BAB 9

Romance Completed 10947

Potong stim betullah mamat bengap ni! Aku tengah layan feel ni, boleh lagi nak tanya kau suka aku tak?! Eiii!!! Aku menahan geram dalam hati.

“Kau ni apa hal? Kena sampuk apa?” sindirku dengan wajah dimasamkan.

“Kau suka aku tak?!” soalnya lagi.

Aku menahan geram. Kang, novel setebal 1056 muka surat ni aku hempuk kang. Koma sebulan sekejap!

“Kau ni tak habis-habis kau suka aku tak, kau suka aku tak! Aku nak baca pun tak senang!” bebel aku tidak puas hati.

“Kau suka aku tak?!”

“Ya Allah, kau sembuhkanlah penyakit yang ada pada Hakimi ini, Ya Allah…”aku berdoa sambil menadahkan tangan sambil mataku memandang ke arah luar jalan.

“Eh, kau nak pergi mana ni?” soalku hairan.

“Adalah…” jawabnya sepatah. Akhirnya! jawab jugak soalanku.

“Weh, tapi aku rasa kita dah semakin jauh ni! Kau nak bawa aku pergi mana?!” soalku seakan menjerit. Sekejap kepalaku menoleh ke kanan. Sekejap menoleh ke kiri. Sekejap aku duduk, sekejap aku bertinggung atas kerusi.

“Kau duduk diam boleh tak?! Macam beruk!” marahnya membuatkan aku tersentak.

“Aween Tolong aku Aween …”aku mula meraung mamanggil nama Aween lalu duduk semula atas kerusi kereta.

“Kau nak bawa aku pergi mana?! Kau nak culik aku ke?” mataku cepat memandang wajahnya yang tiba-tiba tersenyum sinis itu. Alamak! Dia benar-benar nak menculik aku! Nak bawa aku pergi Thailand ke? Aween !!!!!!

Tanpa ditunggu apa lagi. Lantas aku mengeluarkan telefon bimbitku. Dicari nombor telefon Aween. Akhirnya! aku menekan punat hijau. Ditekapkan telefon di telingaku.

Terdengar talian disambung, aku tersenyum. Aween cepat angkat Aween i! Aku diculik!!!

“Aween, aku kena cu…” belum sempat aku menghabiskan ayat. Telefon bimbitku dirampas kasar Hakimi.

“Woi!!! Kau bagi balik telefon aku!” jerkah aku sambil tanganku terkapai-kapai untuk mengambil telefon bimbit dalam genggamannya.

“Kau duduk diam! Kau nak kata apa tadi? Kena culik? Kau ingat aku dah gila nak culik kau! Hei, kalau aku nak culik kau sekalipun, aku dah bawa kau pergi sempadanlah!” Hakimi memarahiku sambil memasukkan telefon bimbitku dalam saku seluarnya.

“Bagi balik aku punya handphone. Bagi balik!” aku menjerit sekuat hati. Geram dengan Hakimi yang tidak henti-henti menyusahkanku.

Hakimi tidak membalas kata-kataku. Dia hanya membatukan diri. Semasa perjalanan, aku mengambil keputusan mendiamkan diri. Dipandang wajah Hakimi dari ekor mataku. Tiba-tiba terasa penat yang teramat, aku menutup mataku. Akhirnya, aku tidur dibuai mimpi yang indah bersama jejaka idamanku. Tak habis-habis nak berangan! ***********

“Woi, bangun!!!” tempik Hakimi tepat di lubang telingaku membuatkan aku terjaga dari tidur.

Aku ‘menenyeh’ kedua-dua mataku. Kemudian, mataku beralih memandang keadaan sekeliling. Pantai? Buat apa datang sini? Kat mana aku sekarang ni? aku cuba mencari Hakimi. Tetapi tiada. Ke mana dia pergi? Lantas aku melangkah kakiku menuju ke pantai.

Aku menghirup udara yang segar. Argh!!! Segarnya. Cantik pantai ni. Tapi kat mana? Aku cuba mencari Hakimi lagi. Tetapi tiada. Ke mana dia menghilang? Aku melangkah kakiku menuju ke kerusi batu yang bertentangan laut yang terbentas luas. Angin yang sepoi- sepoi bahasa, membuatkanku rasa tenang. Terlihat dengan ciptaan Allah S.W.T. yang cantik-cantik belaka. Mataku asyik memandang ombak yang memukul kuat. Tenang sekali melihat ciptaanNya.

Tiba-tiba aku merasa seperti ada seseorang di belakang kerusiku. Aku pantas menoleh. Tiada apa. Mungkin hanya perasaanku saja.

“Kau suka aku tak?” soalan itu macam pernah aku dengar. Suara itu bukan suara Hakimi ke? Aku pantas menoleh ke belakang sambil melihatnya yang tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya.

“Kau suka aku tak?” soalnya lagi menghampiriku.

Aku menjadi tidak keruan. Kenapa dengan dia? Sebelum ni, perangainya tidaklah sepelik ini. Atau jangan-jangan, dia kena sampuk dengan hantu laut. Uish! Mulut kau ni, tak bertapis langsung.

“Apa yang kau merepek ni?” soalku kembali tidak menjawab soalannya. Terasa jantungku bagai nak luruh apabila aku merasa diriku dan dirinya begitu rapat. Aku berundur setapak.

“Aku tanya, kau jawab. Kau suka aku tak?” ujarnya seakan bisik. Saat itu, aku merasa bagai nak pitam. Aku menahan getaran yang kian rasa. Mataku tidak memandang wajahnya. Aku hanya memandang langit yang membiru.

“Aku sukakan kau.” ujarnya membuatkan aku merasa jantung dihempap dengan benda yang berat. Aku menoleh ke arahnya. Memandang anak matanya. Mencari kejujuran!

Aku melepaskan keluhan yang berat. Tak mungkin dia sukakan aku. Aku tahu, dia sengaja ingin mendugaku!

“Aku cintakan kau…” Hakimi masih belum berhenti melafazkan kalimah cinta. Kali ini, aku tidak dapat bertahan lagi.

“Kau jangan nak buat lawak pulak kat sini.” aku mengawal kegugupan.

“Aku tak buat lawak. Aku sukakan kau sejak kali pertama aku jumpa kau di butik.” luahnya seakan bisik. Ya Allah… apa yang harus aku lakukan. Aku mengaku, aku juga telah lama jatuh cinta dengannya. Tetapi, di mana kekasihnya dulu?

“Dah la. Aku nak balik!” aku membuat keputusan untuk beredar pergi tetapi…

“Kau cintakan aku?” soalnya membuatkan aku tersentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience