BAB 8

Romance Completed 10947

Aku menahan getaran di hati. Sesekali, mataku bertembung anak matanya, aku beralih pantas. Tidak mahu dia tahu, getaran hatiku saat ini. Adakah ini yang dinamakan cinta? Seperti setiap novel yang aku baca selama ini?

“Tirah…kenapa ni?” soalnya lagi. Aku semakin tidak senang dengan soalannya.

“Tak ada apa… aku masuk dulu.” aku terus melangkah meninggalkannya tetapi langkahku cepat terhenti. Hakimi memegang pergelangan tanganku. Erat!

“Aku ada buat salah ke?”

“Tolong lepaskan tangan aku.” ujarku perlahan tetapi masih dalam nada tegas.

“Tapi kenapa? Apa salah aku.” Hakimi makin mendesakku lagi. Masih belum melepaskan tanganku!

“Kan aku dah cakap, aku tak ada apa. Kau tak faham ke?!” aku mula naik angin. Aku dah la tengah gugup ni. Kau boleh pulak nak desak aku minta jawapan! Ishh!!! aku mengeluh dalam hati.

“Yalah! Tapi kenapa semenjak ni kau nak lari daripada aku? Aku call kau tak angkat. Aku hantar massage kau tak reply. Kau kenapa?” soalnya lagi membuatkan aku makin tidak keruan.

“Tak ada apa.” jawab aku bersahaja menahan kegugupan.

“Esok, aku nak ajak kau pergi satu tempat.” ujarnya lalu melepaskan pergelangan tanganku. Kebas!

“Tak boleh! Aku kerja!” aku memberi alasan.

“Okey. Nanti aku beritahu kakak aku. Okey, aku balik dulu! esok pukul sepuluh aku ambil kau. Bye, sayang…” ujarnya lembut lalu melangkah kaki meninggalku dengan terpinga-pinga.

Sayang??? Apa hal mamat ni? kenapa aku rasa bahagia? Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Aku pantas melangkah masuk ke dalam rumah dengan senyuman terukir di bibir.

“Ehem…” Aween berdehem di hadapan pintu bilik sambil berpeluk tubuh.

Senyumanku terus mati. Macam mana aku boleh tersenyum seorang macam orang gila ni!

“Jumpa dah dengan jejaka idaman kau tu? Tak silap aku tu Kimi kan?” soal Aween sambil melangkah kaki menuju ke dapur. Aku turut membuntutinya.

“Hmm, kenapa?” aku cuba mengawal perasaan.

“Kau ada apa-apa dengan dia ke?” soal Aween lagi. Amboi! Dah macam polislah pulak.

“Eh, mana ada.” ujarku sambil menggeleng kepala.

“Yang kau gelabah ni apa hal? Lebih baik kau cakap! Kau ada apa-apa dengan dia erk?” Aween menggunakan kuasa vetonya.

“Mana ada. Apa yang kau merepek ni.” sangkal aku. Saat ini, mukaku mula merona merah.

“Habis, kenapa muka kau merah? Kau malu erk?” desak Aween lagi sambil memandang wajahku.

Aku yang tidak senang duduk lantas melangkah kaki menuju ke peti sejuk. Di ambil fresh orange, kemudian dituangkan ke dalam gelas kaca. Hilanglah sedikit rasa gugup!

“Aku masuk bilik dulu.” ujarku selamba hanya membiar sepi soalan Aween yang melayang di bawa angin. Gelas kaca itu aku basuh, kemudian diletakkan di rak pinggan dan melangkah terus ke bilik tidur.

“Eleh!!! Aku tahulah kau dah jatuh cinta. Yalah! Tiba-tiba nak masuk bilik tidur sendiri! Dah angaulah namanya tu. Nurul Athirah Qistina sudah jatuh cinta dengan Ahmad Hakimi Rusyaidi !!!” jerit Aween dari dapur sambil ketawa terkekeh-kekeh.

Setelah menutup daun pintu bilikku. Disandarkan tubuhku di daun pintu dengan senyuman masih terukir di bibir. Adakah ini dinamakan panahan cinta pertama? ******** “Hei, aku nak pergi kerjalah!” aku merentap kasar tangannya.

“Tak boleh, kau kena ikut aku jugak!” paksanya lagi lalu menarikku menuju ke kereta mewahnya.

“Ish! Apa main paksa-paksa ni?!” marah aku dengan wajah mencuka.

“Semalam aku dah beritahu kau yang aku akan beritahu kakak aku yang kau tak pergi kerja hari ni.” jawabnya selamba.

“Eh, girlfriend kau tak marah ke?” soalku tiba-tiba.

“Aku mana ada awek! Siapalah nakkan aku kan.” jawabnya perlahan. Macam baru lepas putus cinta aje!

Aku yang malas berkata apa, terus saja membuka zip tas tanganku dan mengambil novel Awak Suka Saya Tak karya Melur jelita untuk dibaca.

Keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Radio pula tidak dipasang. Senang sikit aku nak ambil feel. Hehehe… melihat Hakimi yang serius memandu, membuatkan aku lebih mudah untuk memnghayati, merasai setiap perkataan yang aku baca.

“Kau suka aku tak?” soalnya tiba-tiba membuat kepalaku drastik menoleh ke arahnya.

Aku tidak menjawab. Aku hanya memandangnya yang masih serius memandu itu.

“Kau suka aku tak?!” soalnya sedikit jerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience