BAB 2

Romance Completed 10947

“Woi!!!” jerit Aween dengan suara yang lantang.

Melambung novelku dibuatnya apabila terdengar jeritan Aween. Aku cuba menyambut novelku, tetapi akhirnya terjatuh juga. Habis terlipat kulit novelku. Aku cuba memperbetulkan kembali lipatan itu. Tetapi, semakin teruk! Sayang sangat dengan novelnya tu!

Aku menahan geram melihat Aween mula memertawakan aku. Aku bergegas menghampirinya dengan melompat terus naik ke atasnya. Amboi! Nak bergusti ke??? Aween yang cuba melarikan diri, pantas aku menggeletek pinggangnya. Terjerit-jerit Aween dibuatnya. Sesekali terdengar, macam beruk pun ada. Sikit-sikit nak menjerit! Ada ke beruk menjerit?

Tanganku semakin menggeletek pinggangnya. Ha! baru rasakan buku bertemu ruas. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting aku puas. Dengan cara ini sahaja, aku boleh mengenakan Aween. Bukannya aku tak tahu, apa kelemahannya.

“Okey-okey. Enough!!! Aku dah tak larat. Aku surrender.” Aween akhirnya mengaku kalah apabila melihat aku semakin beraksi ‘ganas’. Hahaha… jangan fikir yang bukan-bukan…

Aku pantas melompat turun dari sofa. “Aku nak kau ganti balik aku punya novel!” Eleh, macamlah novel tu dia yang beli. Semua novel yang berada di rumah ini, semua dibeli oleh Aween . Aween yang kasihan melihat Athirah, akhirnya membuat keputusan untuk membeli novel kepada Athirah sebulan tiga buah novel.

“Kalau kau nak yang baru kau pergilah kerja.” ujar Aween apabila dia mula bernafas kembali sambil melurutkan rambutnya yang serabai macam orang gila. Hahaha!!! Macam baru lepas kena rogol pun ada…

“Aku tak kira!” Aku mula menunjukkan kedegilanku.

“Tirah, aku rasa lebih baik kau pergi cari kerja. Jadi kerani pun jadilah.” Aween membuat keputusan. Amboi, senang aje minah ni buat keputusan!

Membulat mataku. “What?! Kerani? Tak nak arr…”aku menunjukkan muka kelatku.

“Apa hal pulak? bukannya kerja tu haram pun. Apa kau ingat kerja kerani ni teruk ke? walaupun gaji tak seberapa, tapi boleh jugak kau beli novel.”

“Bukannya aku tak nak kerja. Tapi, aku ingat aku ni reti sangat ke dengan komputer-komputer ni, hah?” Aku mengangkat-angkat keningku sambil becekak pinggang. Keputusan SPMku bukanlah seteruk mana sangat pun. Boleh dikatakan tergolong tahap cemerlang. Tapi, disebabkan emak tiriku dek singa kelaparan itu membuatkan aku tidak dapat meneruskan pelajaran. Mana taknya, habis harta diambil emak tiriku. Sedikit pun tidak diberi. Sebenarnya, aku tidak kisah langsung pasal harta. Tapi, kalau ada sifat perikemanusiaan tu, hulur- hulurkanlah duit sebulan sedikit. Ini tak, dikebas semuanya! Baru aku tahu, selama ini emak tiriku berkahwin dengan ayahku kerana harta!

Kekadang aku merasa, aku ini terlalu bodoh sehingga aku boleh dipermainkan oleh emak tiri dan adik tiriku sendiri. Adanya suatu hari, aku hampir-hampir mengeluarkan air mata. Tapi, aku cepat-cepat tahan sebab aku tahu aku boleh hidup tanpa harta-harta itu. Aku boleh usahakan sendiri. Usaha apanya Athirah oii!!! Asyik makan, tidur, novel. Novel, makan, tidur. Itu saja yang kau usahakan selama kau dihumban dari sangkar emas ayah kau dulu. Itulah masalahnya…. Hehehe…

“Hm, ye tak ye juga erk?” Aween seakan-akan mengia-iakan kata- kataku. Diletakkan jari telunjuknya di hujung bibir. Mungkin sedang memikirkan sesuatu.

Aku yang malas melayan Aween pantas melangkah kaki menuju ke dapur tetapi terdengar suara sumbang Aween, dipatah kembali langkahku dengan menghampirinya.

“Apa hal?”

“Apa kata kau kerja dekat butik kawan aku, nak?” soal Aween kepadaku sambil matanya memandang ke arahku. Mungkin tidak sabar ingin mendengar jawapan daripadaku.

Aku berpeluk tubuh sambil memikirkan kata-kata Aween. Diherotkan mulutku sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Melihat Aween yang bersabar menunggu jawapan daripadaku membuatkanku geli hati. Mana taknya, melihat saja riak matanya yang bulat itu. Aween ni bukannya tak comel, tak cantik. Tapi, kalau datang angin ributnya. Alahai! Wajah ayu terus hilang, lenyap!

“Weh, kau ni fikir pasal kerja ke tengah berangan naik pelamin dengan jejaka idaman kau tu?!” marah Aween sambil memerliku.

Aku hanya tersenyum. “Tengoklah! Nanti aku fikir lain.” ujarku lantas menuju ke dapur.

“Kau ni kan!!! Memang buat aku jadi gila, mereng. Semua ada!!!” jerit Aween kepadaku sambil membaling bantal kecil ke arahku. Tapi, sasarannya tidak terkena tepat padaku.

Aku di dapur, ketawa terkekeh-kekeh. Dapat juga aku mengenakan dia lagi. Sabo ajeleh dengan perangai aku ni. hehehe… *********** Berfikir punya berfikir, akhirnya aku setuju untuk berkerja dengan sahabat Aween. Kerja butik pun butiklah. Asalkan dapat kerja. Lagipun, duk rumah, asyik baca novel , makan, novel, makan. Sampai badan aku pun tambah tembam. Sampai bila aku nak terperap aje dalam rumah tu? Lebih baik aku keluar melihat dunia yang tak tahu jadi apa. Yalah! Aku asyik dengan dunia khayalanku. Asyik berangan mengimpikan jejaka idaman. Tapi, kadang-kadang dunia khayalan boleh jadi kenyataan kan?? Arghh, jangan nak mengarutlah Athirah oii… kalau kenyataan sesekalipun, belum tentu kau salah satu orangnya.

“Hai, termenung jauh nampak?” kak Zetty salah seorang pekerja butik di sini. Zetty adalah orang kepercayaan ‘tauke’ butik ini. Segala masalah yang dihadapi, dia akan melaporkan kepada ‘tauke’. Macam setiausahalah jugak. Agak-agaknya, macam manalah Aween boleh kawan dengan orang kaya?? Tak pernah pulak dia cerita kat aku selama ni.

“Eh, tak adalah kak… cuma tengok baju ni. Cantik sangat.” aku cuba menukar topik. Haiyaa!!! Macam manalah aku boleh termenung dekat sini. Hari pertama dah bawa masalah. Malu!!! Malu!!!

“Oh! Okey…” ujar kak Zetty lantas melangkah menuju ke kaunter pembayaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience