Bab 11

Romance Completed 10947

Setahun kemudian…Hakimi akhirnya mempelawaku untuk bertemu orang tuanya. Orang tuanya bersetuju untuk mengambilku sebagai menantu mereka. Bersyukur tidak terkira kepada Allah S.W.T. Lelaki yang amat aku benci, kini sah menjadi suamiku. Suami yang paling aku sayang. Yang paling aku cinta!

Samakah ciri-ciri lelaki idaman yang aku inginkan seperti novel itu? Ya! Sama… Jejaka idaman yang bernama Ahmad Hakimi Rusyaidi sentiasa tampak kacak di mataku. Tapi, adakah dengan cirri-ciri ini membuatku bahagia? Tidak! Hanya dengan kasih sayang saja membuatkanku bahagia. Kasih sayang daripadanya yang membuatkan aku yakin, aku amat-amat mencintainya.

Kawanku Aween, akhirnya dia juga berumah tangga. Cuma dia lebih awal mendirikan rumah tangga berbandingku. Tapi, tak mengapa. Asalkan, dia bahagia tinggal bersama suami tersayang. Kadang-kadang aku rindu aku dan Aween tinggal bersama. Dialah kawan yang ketika aku susah dan senang walaupun perangaiku kadang-kadang amat mengjengkelkan. Hehehe…

Emak tiri dan adik tiriku tidak tahu ke mana. Semenjak aku meninggalkan rumah. Aku tidak jejak lagi rumah itu. Walaupun, kadang-kadang aku pergi melawati pusara arwah ayahku dan ibuku, tidak terlintas aku ingin menjenguk orang yang telah membuangku hidu-hidup. Aku hanya mampu berdoa semoga mereka cepat bertaubat dan berubah menjadi orang yang lebih berguna.

Tiba-tiba, daun pintu bilik dikuak dari luar. Hakimi! Dia berjalan menuju ke arahku lalu memelukku dari arah belakang. Aku senang dibelai sebegini. Terasa bahagia.

“Tirah sayangkan abang?” soal Hakimi memeluk erat pinggangku. Sesekali dia jugak sempat mencium pipiku. Aku menyerigai kegelian.

“Mestilah sayang.” aku menjawab dengan tersenyum manis.

“Cintakan abang?” soalnya lagi.

“Tirah sentiasa mencintai dan menyayangi abang untuk selamanya.” ujarku ikhlas dari hati. Ya! Aku sentiasa mencintainya. Tiada lelaki lain yang bisa mengambil tempatnya. Hanya dia! Hanya Hakimi!

Hakimi mengalihkan tubuhku memandangnya. Kemudian, dia mengelus lembut pipiku. “I love you too… cinta abang tidak akan pernah berubah untuk sayang.” kata-katanya membuatku terharu.Sungguh sebak menghimpit dadaku seraya membuat mataku berkaca lantaran tergamam mendengar kata-katanya. Ku peluk erat dirinya, tak mahu aku lepaskan. Dunia ini benar cumalah sementara tapi aku mohon agar cinta dan hati kami ini akan menyatu hingga ke syurga Firdausi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience