BAB 1

Romance Completed 10947

“WOI!’’

‘’EH mak kau bontot beso! Eh Eh wak wak eh eh!’’

‘’Ha.. Ha.. sesuailah kau ni aku panggil makcik, melatah tak hingat dunia ada hati nak jadi diva glam! Apa yang kau imagine tu beb?!’’ berdekah-dekah aween menyakatku.

Cis hancur musnah dunia khayalan aku sebentar tadi. Aween duduk menyandar di sebelahku sambil matanya menonton TV.

“Kalau kau hayati apa yang aku bayangkan, apa yang aku rasa. Perghh!!! Aku rasa mesti kau kuat berangan macam aku jugak.” ujarku sambil duduk bertinggung di atas sofa. Sesekali tengok, macam orang nak melepas pun ada.

“PUIII! Tak ada masa aku nak hayati. Lebih baik aku buat kerja yang lebih berfaedah daripada berangan. Ala… kalau kau berangan pun. Bukannya anak raja tu nak datang meminang kau. Jangan perasanlah!” Aween menyindirku. Bukannya dia tak tahu perangai aku yang kuat berangan. Berangan akan seorang jejaka tampan datang melamarku. Ceh!! Penyakit berangan tahap kronik dah minah ni.

“Tirah, aku rasa lebih baik kau pergi cari kerja daripada kau jadi penganggur terhormat kat rumah aku nih! Kau bukannya bengap sangat pun. Tapi sekali-sekala tu adalah bengapnya kejap!” sempat lagi Aween mengutukku. Berdesing telinga aku dibuatnya. Ada ke patut dia kata aku bengap? Apa dia ingat dia tu tak bengap?

Aku mula mengubah posisi cara dudukku dengan menghenyakkan punggungku di atas sofa. Tubuhku disandarkan. Mataku memandang kaca televisyen dengan pandangan kosong. Tidak tahu kenapa hari ini, aku rasa tiada semangat nak melawan balik kata-kata Aween.

Aik, kenapa dengan minah ni? selalunya kalau aku kutuk dia. Dua puluh patah dia bidas balik. Monolog Aween dalam hati dengan berlapis-lapis kerutan di dahi. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menghadapku.

“Kau ni kenapa, Tirah? Bad mood semacam je. Kau ada masalah ke?” Aween mula menyoalku.

“Tak ada apa-apalah.” aku cuba berdalih. Suara di kaca televisyen hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Kau cuba beritahu aku. Kalau kau ada masalah, kau boleh share dengan aku. Mana tahu, aku boleh tolong.” Aween cuba pancing perhatianku lagi.

Aku pantas menoleh ke arah Aween . Aween lah satu-satunya sahabat yang paling aku sayangi, paling aku percaya dengan sepenuh hati. Kalau tiada Aween, nampaknya aku kena tidur bawah jambatanlah. Mana taknya, kena halau dengan mak tiri garang dek singa kelaparan itu. Salah sikit, melentinglah jawabnya.

Sejak ayahku, Karim meninggal dunia. Perangai emak tiriku berubah serta-merta. Pada awalnya, sayangkan aku bagaikan anak emas sehinggakan anaknya pun, sanggup dibiar berseorangan. Bukan itu saja, ditatang juga aku bagai minyak yang penuh! Tetapi, setelah ayahku meninggal dunia. Dilempar, dihumban aku bagai anak haram! Tak ada hati perut langsung. Tapi nasib baiklah aku ni sentiasa cool. Eceh!!! Cool la sangat.

Melihat cara pendangan Athirah, membuatkan Aween gelisah.

“Woi, apa tengok-tengok? Kau ingat aku ni lesbian apa?!” jerkah Aween tepat-tepat di telingaku. Aduh! Macam nak terkeluar eardrum aku ni. Kalau ye pun nak menjerit. Janganlah tepat-tepat kena kat telinga aku. Mangkuk pinggan betul! Aku pantas mengusap kasar telinga kananku.

“Tak hingin aku dengan kau! Lebih baik aku berangan dengan jejaka idaman aku. Lagi bagus!” aku menjelir lidah. Aku cuba membayangkan jejaka kacak yang memenuhi ruang mataku.

“Penyakit kau dah sampai tahap kritikal tahu tak. Sah! Kau ni memang terpengaruh dengan novel-novel yang kau beli tu.” Aween i mula naik angin. Mungkin tidak larat hendak melayan kerenah aku saban waktu.

“Ala… nanti kalau aku kahwin dengan jejaka idaman aku, kau jangan risau ye. Aku bayar balik apa yang aku hutang dengan kau selama ni.” kata-kataku mengundang kehairanan di raut muka Aween.

“Apa yang kau merepek ni?”

“Yelah, aku bayarlah duit kau yang aku pinjamkan selama ni. kan bakal suami aku kaya.” kata-kataku menambah kehairanannya.

“Tirah, aku tak berkira langsung dengan duit tu. Aku halal dunia akhirat. Lagipun, aku dah anggap kau macam adik aku sendiri walaupun sekali-sekala perangai gila kau boleh buat aku sesak nafas.” Aween mengutukku lagi. Tetapi, mendengar kata-katanya membuatkan hati aku terharu. Terharu dengan keikhlasannya. Tidak tahu, bagaimana ingin membalas budi yang semakin menggunung ini.

“Dah la… tak payah nak touching-touching lebih. Geli aku dengar!” aku cuba menukar topik. Tanganku pantas mencapai sebuah novel yang bertajuk Hati Kala Cinta karya Hani Fazuha. Entah ke berapa kali aku ‘khatam’ novel ini. Termasuk juga dengan novel Sekebun Bunga Cinta karya Liyana Zahim, Penjara Rindu karya Nia Arissa, dan macam-macam lagilah yang sudah berpuluh kali aku ‘khatam’.

“Aku bukan apa. aku nak kau bahagia. Aku tahu, selama ni kau seksa tinggal dengan emak tiri berlakon alim tuh!” ujar Aween sambil memandang ke arahku.

Kata-kata Aween, aku buat bodoh. Sesekali, aku ketawa seorang macam orang sasau. Selesai membaca halaman petama, aku menyelak ke halaman seterusnya.

Tiba-tiba, aku ketawa lagi. Kali ini, bukan ketawa dengan ayu, tetapi ketawa berdekah-dekah. Nasib baik rumah ini dibina dengan batu-bata. Kalau tidak, runtuhlah! Aween yang melihatku menahan kegeraman apabila dia terasa dia bercakap seorang diri sebentar tadi.

Mana taknya, aku kalau sudah mula mentelaah, dibiarkan sahaja keadaan sekeliling. Nak jadi apa, jadi sajalah!

Yelah, dah kau asyik baca novel kesayangan kau tu! Letak bom di sebelah kau pun belum tentu kau dengar. Entah-entah, rentung kau dibuatnya! Nanti masuk surat khabar. Tajuk utama pulak tu. ‘Seorang gadis rentung akibat terlampau asyik membaca novel’. Akhir sekali, publisher buat novel semua kena sita. Sebab apa? sebab kaulah! Gila novel sangat! Errr, ada ke baca novel sampai rentung? Tak logik langsung!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience