BAB 4

Romance Completed 10947

Di dapur, Aween mengambil gelas lalu mengisikan air paip di dalam gelas itu. Seketika kemudian, dibawa gelas itu ke dalam bilik.

“Aku tak mahu!!!” jeritku lagi. Haiyaa!!! Tahap kronik, mengigau minah ni.

Tersengih-sengih Aween menghampiriku sambil memegang segelas air paip ke arahku. “Tak mahu ye… sekejap.” ujar Aween seorang diri. Tibanya di katil…

“Tidak!!!!” jeritku dengan pantas bangun dari katil. Basah baju tidurku. Bantalku juga turut basah. Aku mendongakkan kepalaku memandang syiling rumah. Tak ada bocor pun. Lagipun, rumah ni bukannya berbumbungkan zink! Tapi bata. Macam mana air ni boleh simbah dekat aku? Haish! Peliknya. sempat lagi aku memikirkannya.

Tiba-tiba, aku merasa seperti ada lembaga hitam di tepiku. Aku pantas menoleh ke arahnya. Aween yang memegang gelas air di tangan itu tersengih sepersis kerang busuk. Hmm, nasib baik Aween, kalau hantu dah lama aku cabut dulu. monologku dalam hati sambil mengurut dadaku yang berdegup kencang itu.

“Apa kau buat ni hah?!” marahku sambil melihatnya yang tak habis-habis dengan sengihan.

“Lain kali, kalau kau buat hal lagi. Bukan setakat itu aku buat. Aku simbah kau dengan sebaldi air pulak. kau nak?!” gertak Aween dengan mengeraskan suaranya kepadaku.

“Apa yang aku buat?” Aku masih terpinga-pinga. Aku tak tahu apa yang tadi.

“Tak mahu, tak mahu., hotak kau! Aku ni dah la nak kerja esok. Kau pulak nak buat drama korea malam-malam ni.” bebel Aween lalu melangkah keluar daripada bilik.

Pada masa yang sama, aku pulak masih termangu-mangu. Melihat bajuku yang basah, terus sahaja aku melompat dari katil. Melihat Aween sudah masuk dan terus merebahkan tubuhnya di atas katil membuatkan aku kehairanan. Tak mahu? Tak mahu apa? pelbagai persoalan berada di dalam kepalaku sekarang.

“Itulah, tidur bilik sendiri tak nak. Nak jugak tidur dalam bilik aku. Alasan, takut hantulah. Apalah! Hei, kalau hantu ada sekalipun, dia tak kacau kau lah! Kau tu dah la menjerit mengalahkan Pontianak. Aku rasa kalau ada hantu, dengan hantu-hantu tu sekali cabut lari sebab tak tahan dengar jeritan kau tu!!! Kalau kau buat masalah, inilah balanya yang kau dapat!” bebel Aween sambil mata terpejam. Amboi! Minah ni tengah tidur pun sempat lagi nak bebel kat aku. Karang, air baldi tu bukannya simbah kat aku, tapi kat kau! Mulut tu macam burung murai. Tak habis-habis nak pot pet pot pet. Dua puluh empat jam.

“Kau tengok baju aku ni. Dah basah tahu tak!” rungutku dengan wajah masam mencuka.

“Biar padan dengan muka kau!” Aween mengutukku dengan mata terpejam lagi. Kalau boleh, ingin saja mulut itu diganyang sampai lumat. Aku pantas melangkah keluar dari bilik Aween. Tetapi, terdengar suara aneh, langkahku terus terhenti.

“Pstttttt” bunyi itu semakin kuat dan hampir di telingaku. Bunyi ular ke?

Bunyi itu semakin kuat. Meremang bulu romaku. Tanpa ditunggu lagi, laju saja kakiku melangkah masuk bilik Aween lantas aku terus melompat menjunam atas katil Aween.

“krek krot kret krot.” bunyi katil sesekali terdengar seperti hendak patah. Mana taknya, aku buat aksi yang tak sepatutnya. Aween yang tengah lena dibuai mimpi yang indah terus bangun mengadapku dengan wajah yang bengis.

“Weh, kau nak rosakkan katil aku pulak ke hah?!” jerkah Aween kepadaku. Kasihan Aween …

Sakit pinggangku. Terasa bagai nak patah! Mana taknya, nak buat aksi pun tak kena tempat. Orang terjun dalam air! Kau? Terjun atas katil. Dah lah tilam Aween, bukan macam tilam. Keras semacam aje! Ha! padan dengan muka kau! Rasakan penangan yang terhebat ini… Aween memandang pelik ke arahku. “Yang kau ni apa hal? Macam nak terberanak je aku tengok, kenapa?” sindir Aween menyakitkan hatiku.

“Kau ni! tak ada hati perut langsung! Sama aje macam mak tiri aku. Membebel dua puluh empat jam. Tidur bebel, berjaga lagilah membebel!” rungutku sambil mengusap perlahan pinggangku. Sakit tak terkira. Tak terucap!

“Yang kau nak sangkutkan mak tiri kau dengan aku apa hal?”

“Yalah! Membebel dua puluh empat jam. Bingit telinga aku tahu tak! Dah la aku tengah sakit ni. Kutlah kau nak tolong kurangkan kesakitan aku. Ni tidak, tambah lagi ada.” sungut aku dengan wajah masam mencuka.

“Yang kau terjun atas katil aku ni, kenapa? Kang tak pasal-pasal dapat penyakit! Dah la, kau pergi atas almari tu ambil minyak! Aku nak tidur. Dah lah pukul tujuh aku nak bangun dah nak pergi office. Kau tu takpelah, pukul sembilan baru nak pergi.” ujar Aween panjang berjela lalu merebahkan badanya dan meletakkan kepalanya di atas bantal. Tidak sampai lima minit…

“Kroohhhh, krooohhh…” Aween berdengkur manja. Manja ke? hahaha!!!

Rasa sakit yang berkurangan membuatkanku malas ingin mengambil minyak. Teringat tentang insiden tadi, terus aku merebahkan tubuhku di katil dengan baju yang basah akibat disimbah Aween sebentar tadi. Tidak sampai dua minit…

“Piuuu, piuuu, piuuuu…” Aku berdengkur halus. Hahaha!!! Lagi teruk minah ni. Belum sampai lima minit, terus tidur mati. *********** Seminggu kemudian… “Hai, good morning!” sapa kak Zetty kepadaku dengan senyuman terukir di bibir.

“Morning…”aku hanya tersenyum. Hari ini aku mengenakan t- shirt lengan panjang berwarna biru dan seluar jeans lusuh! Rambut yang pendek dibahagian depan, aku kepitkan dengan pengepit kecil berwarna hitam. Rambutku ditocang kuda.

“Tirah dah breakfast?” soal kak Zetty sambil tangannya sibuk mengeluarkan sesuatu dari almari laci butik.

Aku hanya mengangguk. Lantas aku menuju ke ruang hadapan butik. Dikemas apa-apa yang patut. Kemudian, kakiku pantas menuju ke stor butik untuk mengambil penyapu dan penyodok. Setibanya, aku di hadapan. Aku menyapu sampah di butik ini sambil bernyanyi kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience