BAB 7

Romance Completed 10947

“Hmm, okey. nama aku Athirah. Lagipun, kau mesti sudah tahu kan nama aku. Nama glamour aku Tirah. Kau ingat kau sorang ada nama glamour? Aku tak ada?” aku memandang wajahnya yang berubah seta-merta itu. Cepat merajuk, dan mudah dipujuk. Mesti anak mak!

“Hm, mula hari ini kita berkawan, okey!” ujar Hakimi ceria. Macam kanak-kanak ribena pun ada. Kenapa cepat sangat dia berubah? Aku nak Hakimi yang jahat dan mulut longkang macam dulu. Aku tak nak Hakimi sekarang! Serammm…

“Ha, okey. Aku banyak kerja ni. Kau pergi balik buat kerja kau dan tolong bukak pintu nih!” arahku dengan bersahaja.

Tersengih Hakimi kepadaku. Eii, kenapa kau ni asyik senyum aje? Selalunya tak macam ni? eh, kenapa aku rasa jantung aku berdegup kencang? Kenapa?! Kenapa?!

Setelah Hakimi membuka log pintu. Aku pantas membuka pintu kereta dan keluar terus tanpa mengucap terima kasih kepada Hakimi. Jantungku saat ini, berdegup kencang. Kalau boleh lepas ini, tidak mahu aku berjumpa dengan Hakimi. Harap-haraplah… *********** Sebulan kemudian… “Weh, tak habis-habis dengan novel kau! Tak boring ke?” soal Aween lalu menghirup air di gelas kacanya.

“Kau diamlah! Aku tengah baca ni!” aku memarahinya yang telah mengganguku yang tengah khusyuk membaca novel bertajuk Cinta Kontrak karya Nurul Ain Syuhada.

Seronok novel ini. Sesekali kedengaran aku ketawa terkekek-kekek. Tiba-tiba, ketawa berdekah-dekah. Beginilah hidupku, setelah aku bekerja selama sebulan. Setiap kali hujung minggu, masaku hanya membaca novel, selepas itu berangan. Hehehe…itu ajelah kerja kau!

“Sikit-sikit nak melenting! Baca ajelah novel kau tu…” Aween malas melayanku yang ralit membaca. Lantas, dia melangkah kaki menuju ke bilik. Tiba-tiba…

Ponnn!!!! Ponnn!!! hon kereta kedengaran bising di luar. Hish, susah betullah ada orang mengacau aku ni. Dia ingat ni rumah bapak dia ke nak hon kereta tak tentu pasal! Aku segera meletakkan novel di atas meja ruang tamu dan dengan berbekal tenaga yang ada, aku lantas keluar dengan wajah menyinga. Aween turut mengikutiku.

Ponnn!!! ponnn!!! bunyi hon masih lagi kedengaran.

“Woi! Kau ingat ni kawasan bapak kau ke nak bunyi hon tak tentu pasal? kau tahu tak, cara kau ni sudah menggangu kententeraman awam!” aku mula menyinga sambil melihat susuk tubuh lelaki yang berkemeja putih membelakangiku itu.

Aween yang berada di situ mula gelisah. Mana taknya, aku sergah orang tak tentu pasal. Argh!!! Lantak kau lah! Yang penting, dia sudah mengacau ketenteraman aku!

Jiran-jiran yang lain, mula keluar ingin melihat apa yang terjadi. Ada yang berbisik! Ada yang tergeleng! Ada juga yang keluar melihat sekejap, kemudian masuk balik.

Lelaki itu pantas menoleh ke arahku, Hakimi! Apa mamat ni nak sebenarnya? Macam mana dia tahu ni rumah aku? Aku masih berfikir.

Melihatku, terus dia menghampiri dengan senyuman terukir di bibir. Aku tidak terkata apa. Ingin aku melangkah, tetapi kakiku bagai dikunci rapat. Kenapa dengan aku ni?!

Aween yang berada denganku terus beredar masuk ke dalam rumah. Sama seperti jiran-jiran lain turut bergegas masuk ke dalam rumah masing-masing.

“Weh, kenapa ni?” soalnya risau. Mungkin melihatku masih diam seribu bahasa.

“Err...tak… ada apa.” jawab aku tergagap-gagap. Kenapa aku tergagap-gagap pulak ni? Sesekali, aku memandang wajahnya yang putih bersih itu. Masuk hari ini, sudah sebulan kami berkawan. Berkawan aje. Tak lebih pun. Tapi, kadang-kadang layanannya lain daaripada seorang sahabat. Takkan aku dah jatuh cinta dengannya?

Semenjak berkawan dengannya, aku baru mendapat tahu, butik itu ialah milik kakaknya. Mulanya, aku terkejut bukan kepalang mendengar pengakuannya. Yalah! Bukan main lagi mengutuk. Tak cantiklah, apalah! Aku bertanya kenapa dia berbuat begitu. Dia hanya tersenyum. Aku tidak inginkan senyumannya! Yang cuma aku inginkan adalah jawapan daripadanya!

Aku mendapat tahu juga, dia seorang arkitek di salah satu firma yang terkenal. Hampir sebulan kami berkawan, tidak pernah pula dia membawa girlfriendnya yang jelita itu. Ke mana perginya?

“Kenapa ni?” soal Hakimi seakan bisik.

Meremang bulu romaku dibuatnya. Kenapa mamat ni tiba-tiba romantik? Kena sampuk kut! aku cuba berdehem untuk menghilangkan kegugupan yang tersarang dalam diri sekarang. aku sedar, Hakimi masih memandangku. Tetapi, dibuat tak endah walaupun saat ini dada aku semakin terus,terus dan terus berkencang.

“Hei, kenapa ni? aku ada buat salah ke?” soalnya lagi sambil memandang wajahku.

Aku pantas menggeleng kepala. Tidak tahu kenapa mulut aku tiba-tiba terkunci. Seperti ada ketulan batu yang besar yang makin merumitkanku untuk bersuara.

“Tirah…” dia memanggil namaku. Aduh! Inilah yang paling aku tahan. Terasa ingin rebah jatuh ke bumi. Tetapi, aku tetap memandang ke arah lain. Sesekali, angin sepoi-sepoi bahasa menutup mataku dengan rambut, sempat lagi aku menguaknya perlahan.

“Kau pergi balik. tak manis malam-malam kau datang rumah anak dara.” aku akhirnya bersuara dengan serius.

“Kau halau aku?” soalnya memandang wajahku.

“Macam mana kau tahu ini rumah aku?” aku mula beranikan diri sambil memandang wajahnya.

“Lina beritahu aku. Tapi kau jangan marah dia. Aku yang nak.” jujur dia berkata.

“Dah, pergi balik!” aku menghalaunya.

“Kenapa kau semakin nak menjauhkan diri daripada aku?” dia memberi aku soalan ‘cepumas’. Ya! Semenjak ini, mahu saja aku cuba menjauhkan diri daripadanya. Tidak tahu kenapa? Atau aku hanya tidak mahu timbul gosip yang menyatakan pekerja ada hubungan dengan majikan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience