BAB 6

Romance Completed 10947

Pada masa yang sama, Lina sekejap menoleh ke arahku, sekejap menoleh ke arah lelaki itu. Pening dengan sikap kami yang tidak pernah mengalah.

Tidak disangka-sangka, lelaki itu menarik tanganku mengikutnya. Aku yang meronta minta dilepaskan, dibuat ‘dek’ aje. Mungkin geram dengan kedegilanku. Lina hanya memandang sepi. Tidak menghalang, tidak menarik aku sekalipun.

“Hei, apa ni? ingat aku ni robot ke apa?!” soalku garang menyinga. Sempat lagi aku memandang matanya yang sepet akibat terkena panahan cahaya matahari. Hensemnya… aku memujinya dalam diam.

“Kalau bukan disebabkan Lina merayu pada aku suruh hantar kau pergi klinik, tak hingin aku nak buat kau macam ni. Hei, kau ni menyusahkan aku tahu tak!” marah lelaki itu.

Aku tidak membalas kata-katanya. Tetapi, aku mengecilkan mataku memandang wajahnya. Aku merapati wajahku ke wajahnya. Dia mengundurkan kepalanya ke belakang sedikit apabila dia sedar, aku makin merapatinya. Eh, siapa nak rogol siapa ni?

“Ada aku suruh kau bawa aku pergi klinik? Ada?” ujarku seakan bisik di telinganya lalu merentap kasar tangannya yang masih memegang pergelangan tanganku.

“Penyakit kau ni dah sampai tahap kronik. Kau masuk!” arah lelaki itu selamba menarik tanganku masuk ke dalam perut kereta mewahnya.

Tidak sempat aku berbuat apa, sekarang aku berada di dalam kereta mewahnya. Aku yang cuba ingin meloloskan diri, lelaki itu pantas mengunci keretanya. Mentang-mentanglah kereta kau tak dak tempat nak log pintu. Selamba badak aje kau, arah aku! Eii, geramnya aku!!!

Tibanya di klinik, aku mengeraskan tubuhku. Memandangnya pun tidak! Mataku meliar memandang pandangan luar.

“Ha! tunggu apa lagi? Tak reti nak turun.” Sindir lelaki itu.

Aku berpeluk tubuh. Sakit telinga mendengar sindirannya. Aku masih membatukan diri.

“Hei! aku cakap dengan kau tahu tak!” tempiknya mengena tepat anak telingaku. Pantas aku menekup kedua-dua belah telingaku. Sesekali tengok macam orang tension pun ada!

“Ish! Bisinglah kau ni.” rungutku dengan wajah dimasamkan lagi.

“Kalau kau tak nak aku bising lagi. Kau tunggu apa lagi! Turunlah!” jeritnya lagi.

Aku tidak tertahan lagi dengan jeritannya. Dengan pantas aku menoleh ke arahnya. “Weh, kalau sehari kau tak menjerit tak boleh ke? kau nak lawan jerit dengan aku ke?”

“Dah kau tu buat perangai. Nak buat macam mana lagi. Aku menjerit ajelah!” jawab lelaki itu sambil membuka seat belt keretanya.

“Kau pergi ajelah! Aku bukannya sakit pun. Aku takut kau tu pulak yang sakit.” aku menyindir sambil memberi jelingan kepadanya.

“Kalau aku sakit sekalipun, aku tak menyusahkan orang macam mana kau menyusahkan aku ni.” ujarnya selamba lantas keluar dari perut kereta.

Aku hanya memandangnya dari dalam. Kenapa dia menolongku sedangkan aku telah meyakinkan dia yang aku ni betul-betul tak sakit? Dia suka aku ke? eh, tak ada maknanya dia suka orang macam kau! Habis, kenapa dia tolong aku? Bermacam-macam soalan terpacul dalam mindaku. Dia tak kerja ke?

“Hei, kau nak aku dukung kau ke?” ujarnya sambil bercekak pinggang. Lagak bapak memarahi anak pun ada. Hei, ingat aku ni budak-budak ke nak kena dukung?

“Ish!” aku melangkah kaki keluar dari perut kereta.

“Tepilah!” marahku lalu merempuh kuat tubuhnya yang menghadangku daripada berjalan.

Lelaki itu hanya tersenyum melihat wajahku. Hensemnya… kalau dia jadi boyfriend aku pun best jugak. Ada ciri-ciri lelaki idaman aku macam dalam novel tu. Tapi dia nak ke dengan aku? Eh, tak payahlah kau nak perasan! Datang balik perangai kuat berangannya itu!

Selesai membeli ubat, aku pantas melangkah kaki ingin keluar dari perut kereta tetapi dengan pantas dihalang lelaki itu.

“Apa hal?” aku mengerutkan dahi.

“Since kita berjumpa ni, kita belum berkenalan lagi. Nama aku Hakimi. Nama glamour Kimi.” ujar Hakimi dengan senyuman terukir di bibir. Sempat lagi mamat ni nak gila glamour. Hehehe!!!

“Aku tak tanya pun.” jawabku selamba lalu menarik perlahan tanganku yang dipegang erat Hakimi. Sengaja ingin menyakitkan hatinya. Yalah! Bukan senang nak kenakan orang. Ish! Tak habis dengan perangai gila kau Athirah oii!!!

“Kenapa kau ni ha? aku nak berkenalan dengan kau, nak berbaik- baik dengan kau pun, kau tak nak!” Hakimi mula marah denganku.

Aku menyimpan tawaku dalam hati. Tidak mahu Hakimi sedar yang aku ingin memertawakannya.

“Dah la, aku nak masuk kerja ni. Malas nak layan orang gila macam kau!” aku yang cuba ingin membuka pintu, pantas dikunci cepat oleh Hakimi. Apa mamat bengap ni nak daripada aku?!

“Kau ni kenapa?” aku mula naik angin. Geram benar dengan sikap Hakimi yang tidak habis menyusahkanku.

“Dah kau tak nak berkenalan dengan aku, aku buat la macam ni.” jawab lelaki itu seakan merajuk.

Aku tersenyum melihat wajah Hakimi. Sesekali tengok, macam muka bayi baru lahir pun ada. Comel! Akhirnya, terpaksa jugaklah aku mengalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience