BAB 5

Romance Completed 14272

Hampir sebulan aku bersetuju menjadi kawan kepada suamiku sendiri,anehkan..dan selama itu juga aku cuba membung rasa marah dan benci terhadap perkahwinan ini. Aku cuba melupakan hubungan perkahwinan dan hanya memikirkan yang aku dan dia sekadar kawan. Tidak pula payah untuk aku bercakap dengannya seperti mana sebelum ini. Adam banyak bercerita sehinggakan kadang kala aku letih mendengar ceritanya yang terlalu banyak itu. Adam cuba menjernihkan hubungan kami dengan bercerita kisah-kisahnya semasa di luar Negara dan banyak lagi. Menurut Adam lagi, adiknya akan menumpang di rumah kami selama dua bulan kerana menjalani latihan industry di sebuah syarikat bekalan air, SYABAS. Hal ini mengembirakan aku, kerana aku tidak akan sunyi lagi berada di rumah dan tidak perlu melayan cerita-cerita Adam yang banyaknya itu. Tapi perkara yang menjadikan aku berfikir panjang apabila Adam meminta aku berpindah ke Bilik utama dan berkongsi dengannya sepanjang adiknya tinggal dirumah kami. Hal ini untuk mengelakkan adiknya, ika mengetahui perihal rumahtangga kami. Pada mulanya aku sememangnya berkeras untuk tidak mengikuti cadangan Adam dan tidak mengendahkannya. Aku buat-buat sibuk dan tidak mengangkut pakaianku ke bilik Adam.

Pada hari yang dijanjikan Ika datang kerumah kami, Adam yang mengambilnya di Hentian Putra.

Pada malamnya kami makan di rumah. Zulaikha seorang gadis yang kecil molek dan periang, orangnya berkulit sawo matang dan seiras dengan Adam. Sejak sampai suaranya memenuhi setiap genap kediaman kami dengan usikan dan tawanya menjadikan rumah tersebut hidup dan bercahaya dari sebelumnya.

“Kak Reen, kenapa baju akak banyak kat bilik tamu tu?”. soal Ika ketika kami sama-sama menonton tv pada malam tersebut.

“Apa? Baju? “aku tergagap-gagap mahu menjawabnya.. aduh apa aku nak jawab nie..tu la,degil sangat..

“Baju tu Kak Reen belum gosok, jadi diletakkan kat bilik tu.. lagipun sebelum ni mane ada orang kat bilik tu..” jawab Adam mebantuku menjawab soalan Ika itu..

Lega…

“Hehehe Manalah tahu kot-kot time gaduh kak Reen lari duduk bilik tu..hehhe”. duga Ika.

“eis,,kesitu plak..kami mana ada gaduh-gaduh..cam budak-budak pulak..kan sayang?” bantah Adam.

“haahh,..? betul tu Ika..’’ jawabku dalam getaran,entah kenapa jantungku berdetik kencang bila ada memanggilku begitu. Eiii geli bersayang-sayang la pulak mamat ni.

“ermmm..ok la akak,abang, Ika masuk tido dulu la eh..ngantuk doh ni,esok dah nak stat kerja”. Ika bangun dan melangkah ke biliknya.

Tinggallah aku dan Adam di ruang tamu tersebut.. ntah kenapa mataku belum mangantuk atau pun aku sebenarnya teragak-agak nak masuk tidur di bilik yang akan aku kongsi bersama Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience