BAB 7

Romance Completed 14272

Sejak hari itu hubungan aku dan Adam bertambah baik, kami sudah boleh bertukar cerita dan sudah boleh bergelak ketawa bersama. Aku sudah tidak kekok lagi bersamanya, tambah-tambah lagi dengan kedatangan Ika menjadikan kami sebuah keluarga yang bahagia. Adam sentiasa meluangkan masa dirumah, hari minggu biasanya di habisankan dengan mengemas rumah dan bersiar-siar di taman. Tak disangka rupa-rupanya Adam mempunyai minat yang sama denganku iaitu megemas dan medekolorasikan rumah. Adam juga gemar berjoging, setiap minggu dia akan berjoging di tasik perdana, pada mulanya aku tidak gemar mengikutnya, hanya Ika sahaja yang megikut abangnya stiap kali keluar berjoging dan aku hanya menyediakan sarapan dirumah. Ika selalu mengajak aku turut serta berjoging dan setiasa memujukku setiap kali ingin keluar berjoging. Entah bangaimana aku termakan pujuknya dan kami sama-sama ke tasik Perdana, tapi aku tidak berjoging..hanya makan bekalan yang aku sediakan sambil menikmati pemandangan pagi yang indah itu.

“bez kan kak Reen pagi-pagi dapat hirup udara yang segar camnie”. laung Ika apabila melihat aku leka melayan perasaan.

“aaa. Rugi akak tak ikut dari dulu lagi..”. aku mengiakan.

” Dia jual mahal Ika, mana la nak ikut kita nie, lagipun dia sayangkan lemak yang ada pada badannya tu, tu pasal tak berminat nak berjoging, bia la die simpan je lemak tu!”. Usik Adam.

Eh sempat lagi dia kenakan aku.

“lemak tu kat badan saya, suka hati saya la, lagipun saya bukan nak konngsi-kongsi dengan awak pun!” marahku.

“haahaha abang ngan kak Reen ni macam-macam la..pasal lemak pun bole bertengkar tapi bang Kak Reen ni,dia tak suka berjoging dan sayangkan lemak pun badan dia tetap mantain,mengancam habis!!..”gelak Ika.

“haa,betol tu ika, pasal tu la abang sayang sangat pada kak Reen tu, selalu buat abang tak tahan!” sampuk Adam lagi.

“tengok tu kak, pengakuan ikhlas tuish, abang ni tak tau malu langsung la..”. gomel Ika.

Terkejut aku mendengar kata-kata Adam tu. biar betol si adam ni,boleh dia bercakap cam tu depan adik die,nk kena betul la die ni..memang langsung tak tahu malu.

“dah la tu, apa kata kalau kita makan, akak dah lapar nie”. Kataku menamatkan perang mulut antara Adam dan Ika.

“hah, tengok tu Ika, kita yang jogging tapi dia pulak yang lapar hahahha”. Gelak Adam sambil tangannya memaut erat pinggangku. Dihadapan Ika, Adam segaja menunjukkan kemesraan kami dan mempamerkan sifat romantiknya itu.

“Amboi, habis kalo saya tak makan buat apa susah-susah saya masak, nak bagi awak makan dan tambahkan berat badan awak tu..berjoging konon tapi perut makin ke depan..buncit!” bidasku marah. Marah dengan kelakuan Adam yang semakin berani memegangku dan menciumku di hadapan Ika.

“dah tu, nak tunggu perut Reen yang kedepan,?kebulur dulu la nampaknya abang”. Perlinya dalam gurauan sambil mencium telapak tanganku.

Belum sempat aku membalasnya, ika sedia menyampuk..

“ala,kalo camnie gaya abang ngan kak Reen hujung tahun ni gerenti ika dapat anak saudara, tak sempat kebulur la abang tu.” . tawa ika dengan kuatnya.

“Amin,doa-doala yea agar hujung tahun abang dapatla anak seperti yang dikatakan Ika tu..” kata adam sambil tangannya mengaminkan beberapa kali dengan lagaknya yang melucukan.

Mulutku terkatup rapat,mana perginya hujah-hujahku yang bernas selama ini,takkan la aku tak mampu membidas balik kata-kata dua beradik nie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience