BAB 6

Romance Completed 14272

“Esok Reen ambik baju dalam almari bilik tamu tu dan simpan di bilik kita”. tutur Adam memecahkan kesunyian.ketika aku mula bangun meninggalkannya.

“Bilik kita?”. Aku terkejut dengan kata-katanya.

“yea bilik kita, selama Ika berada kat sini dan abang harap untuk selamanya..abang tak sempat nak ambik semua pakaian Reen tadi, so abang ambikla barang-barang yang penting saja” kata Adam lagi ketika aku dah mula melangkah menuju ke bilik utama.

Barang yang penting saja?oo..patut la, Ika hanya mengatakan baju sahaja yang terdapat di almari biliknya rupanya Adam dah mengangkut sebahagiannya adi..arghh,jadi termasuklah pakaian dalamku! Adam dah mengambilnya dan menyimpanya di dalam almari biliknya..aduh, malunya aku, apalah la yang difikirkannya bila mengambil pakaian aku dan melipatnya tadi. Rajin pulak dia menyusun pakaianku di dalam almari tersebut.. aku bertambah malu.

Cepat- cepat aku naik ke katil dan berpura-pura tidur apabila terdengar tombol pintu dibuka dari luar. Sempat juga aku letakkan bantal sebagai pemisah tempat tdur kami.

“Aik Reen, cepatnya nak tido?” Tanya Adam..

“atau pura-pura tido nie?” duganya lagi

“Jangan sampai semput dah la eh, jangan tahan nafas tu. Kalau iye pon tido takkan la sampai terkaku camtu sekali ?” usik Adam dengan tawanya dan berlalu ke bilik air.

Kurang ajar punya laki, sempat lagi die mengata aku..cam tau-tau je aku pura-pura tidur eisss, gerammya.. bercampur malu sebenarya kerana lakonanku terkantoi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience