BAB 2

Romance Completed 14272

Memang betul aku belum punyai teman istimewa tapi itu tak bermakna aku harus dipaksa kahwin dengan lelaki pilihan ibu bapaku. Adilkan pada zaman sekarang perkahwinan dirancang dan ditentukan oleh orang tua?aku buntu bila memikirkian hal demikian,aku benci!!

Dalam adik beradikku,tidak dinafikan akulah anak yang suka mementang kata-kata ibu bapaku, aku seorang yang keras kepala dan tidak mahu mengalah, kerana itu tidak hairanlah aku memilih kerjaya sebagai peguam yang memberi peluang untukku berdebat setiap hari. Namun dalam urusan perkahwinanku dan jodohku aku tidak mampu untuk berdebat dan menghalangnya. Permintaan abah benar-benar mencekit urat sarafku. Aku menurut dalam terpaksa.

Adam Zakuan! Nama yang selama ini bermain dimindaku sehinggalah aku sah menjadi isterinya. Aku akan ajar kau, berani ya mahukan aku menjadi isteri kau tanpa berbincang dengan aku terlebih dahulu. Nanti kau! Rasakan lah kehadiran aku dalam hidup kau, sehingga kau akan menyesal dengan perkahwinana ini amarahku bertukar menjadi dendam terhadap suamiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience