BAB 4

Romance Completed 14272

“Saya letih, kita bincang lain kali jeala eh”. aku berjalan kebilikku.

Tapi bahuku dipegang oleh tangan kasar Adam.

“Tunggu dulu Reen, abang nak kita bincang hal kita ni jangan berdalih lagi”. Pujuk Adam lembut.

“Eh, awak ni kan saya dah kata saya letih, tak faham bahasa ke?” suaraku mula meninggi.

Ya ALLAh, ampunkanlah dosa hambamu ini,aku sedang melakukan satu lagi dosa..kenapa cepat sangat amarahku terhadap suamiku ini.. kemudian aku duduk di kerusi berdekatan untuk mengelakkan mulutku lancang membantah kata-kata suamiku.

“ok..kalau Reen rasa susah nak terima abang sebagai suami, apa kata kita mulakan hubungan kita sebagai kawan. Dulu pun kita pernah berkawan kan?”. tutur Adam cuba memancingku.

“Ermmm..tu duluKataku perlahan.

“Kenapa? Kalau dulu kita boleh berkawan dan bermain bersama, kenapa sekarang kita tak boleh melakukannya? Lagipun tak salah kalau kita mencuba kan?” asaknya.

Betul juga tu,dulu aku pernah berkawan denganya, malah kami pernah berada dalam persatuan yang sama. Aku seorang yang aktif berpersatuan dan aktif dalam debat manakala Adam seorang Pustakawan yang rajin dan gemarkan buku-buku serta aktif dalam olahraga sekolah. Kami pernah berada dalam pasukan yang sama ketika pertandingan hoki peringkat daerah. Dia merupakan atlet harapan sekolah dan menjadi kesayangan guru-guru dalam sukan, aku pula hebat dalam pendebatan dan sentiasa menyainginya dalam pelajaran. Kami bersaing secara sihat dan kami membawa haluan masing-masing selepas tamat peperiksaan SPM. Sejak itu, kami tidak pernah bersua dan aku hanya mendengar khabar yang Adam dapat menyambung pelajaran di Rusia dalam bidang kejuteraan.

“Reen”. teguran Adam menghilangkan semua lamunanku..

“ok..kita cuba”. Putusku dan segera berlalu kebilik. Tubuhku melekit dan tidak sabar rasanya ingin menjirus air lepastu tidur atas katil empuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience