BAB 10

Romance Completed 14272

“tahniah, isteri encik hamil 4 minggu”. Kata doctor Sofia.

“Apaaaaaa???! Yabedabeduuuu!’’

Bedebukkk!!!!

“abang!!” jeritku terkejut.. Adam rupanya terkejut sehingga terjatuh dari kerusi yang didudukinya.

“Sorry sorry doc..saya betol-betol terkejut!” akui Adam dengan sengihanya.

” pertama kali saya melihat suami yang terjatuh dari kerusi kerana terkejut, isteri mengandung..” gelak Dr. Sofia yang turut terkejut dengan kelakuan Adam. Dalam diam aku juga turut tertawa melihat gelagatnya, namun ku pendamkan saja untuk menjaga air muka suamiku.

“well, tahniah sekali lagi, En. Adam, Puan Rini. Jaga kandungan awak, rehat secukupnya dan jangan makan lupa makan ubat ikut aturanya”. Pesan Dr. Sofia penuh prihatin.

Diluar klinik Adam terus memelukku tanpa menghiraukan orang sekeliling..

” kenapa Reen senyum semacam jer tengok abang nie?” tegur adam ketika kereta mula bergerak meninggalkan Klinik Dr Sofia.

” kelakar la abang nie, camner la abang duduk sampai terjatuh tadi”. Gelakku tidak tahan lagi menahan tawa.

“eiss, Reen nie, itu pulak yang diingatnya, mahu abang tak terkejut..seronok sangat la sayang!” akui Adam.

“bang, apa kata kita makan sup belut?” ajakku..

“Hah, sejak bila pulak Reen makan Sup belut nie??” Adam bersuara terkejut. Sememangnya aku tidak menyukai sup belut. Pernah suatu hari Adam membelinya, belum pun sempat Adam memakannya telah ku sedekahkan sup belutnya pada tong sampah. Aku geli melihatnya, jadi Adam juga tidak boleh memakanya, itulah fikirku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience